Sarat Hamil Tanpa Suami di Sisi, Wanita Diceraikan Talak 3 Kerana Orang Ketiga

Menerusi satu perkongsian dimedia sosial, seorang lelaki didakwa sanggup melafazkan cerai dengan talak tiga terhadap wanita itu yang kini sedang hamil anak mereka.

Diceraikan saat tengah sarat mengandung

Siti Fatimah Shuhada meluahkan rasa kecewa melalui sebuah posting di laman Facebook miliknya dengan memuat naik paparan skrin lafaz talak menerusi aplikasi Whatsapp.

Wanita yang berasal dari Kelantan berkata, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup melafazkan cerai yang didakwa demi perempuan lain ketika dirinya sarat mengandung.

Tak boleh ke tunggu sampai bersalin jika mahu bercerai

Perasaan sedih hanya Allah je tahu betapa sakitnya. Kenapa tak boleh ke tunggu aku bersalin nak bercerai pun.

“Hanya lelaki yang dayus akan bagi talak tiga. Aku tak nak aib siapa² tapi dengan talak tiga demi perempuam ni, aku susah nak terima,” tulisnya.

Akhirnya, suami lafaz talak 3

“Akhirnya, mu lafas jugak aku dengan talak 3, dengan keadaan aku mengandung sekarang ni demi insan yg bernama fatin syuhadah”.

“Setelah lama mu diamkan diri nafkah mu abaikan langsung tak cara pasal bini dan keperluan bakal anak yang akan dilahir nanti”.

Hanya Allah je tahu betapa sakitnya

“Dengan cara mengejut gini 2x aku baca chat yang dilafaskan semalam dan dengan persaan sedih hanya Allah jah tahu betapa sakitnya”.

“Kenapa takboleh ke tunggu aku bersalin nak bercerai pun. Hanya laki yang dayus akan bagi talak 3”.

Kenapa sampai talak 3 

“Aku xnak aib sape² tapi dengan talak 3 demi perempuam ni aku susah nak terima ,maybe dengan talak 1@2 aku akan terima tapi ni talak 3 benda dah xboleh nak buat apa dah untuk depan hari nanti”.

“Kalau cakap soal haram cermin diri mu dulu la betol ke dok hak mu buat selama ni cara mu layan bini mu”.

Kalau dah tak nak datang la jumpa keluarga

“Kalau tak nak sekalipun mari jumpa family bukan dengan cara macam ni sekali. Bagi hak perempuan tu dah puah hati terus sebab laki dah bagi talak 3 dekat aku”.

“Kalau ada pihak family perempuan nak mintak maaf ,aku takkan terima dengan kata maaf setelah kena talak 3 baru nak mintak maaf”.

Jangan menyesal kemudian hari bila tengok muka anak

“Benda ni dah lama sangat. Ya memang aku cari family dia sebab aku nak settle dengan baik”

” Tak apalah yang laki ingat sikit, jangan nak menyesal kemudian hari bila tengok muka anak nanti”.

Diharap segala perselisihan faham dapat diselesaikan dengan cara baik. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan contoh kepada kita semua.