“Untunglahh boleh lepak tiap2 malam, kita ni?” Luah Penat Dengan Suami, Nadya Syahera Akui Struggle Jaga Anak Sendirian

Siapa tidak kenal dengan Nadya Syahera yang juga merupakan seorang pelakon, telatahnya yang kelakar dan karenahnya yang kuat melatah nyata menghiburkan ramai orang.

Mudah kata, dari luaran dia kelihatan cerita seolah tiada apa yang membebani hidupnya.

Pun begitu siapa sangka, wanita seceria Nadya juga ada memendam perasaan ‘berat’ dihati dek kerana sikap suami yang dikatakan terlalu sibuk bekerja di perantauan dan jarang membantunya di rumah terutama menguruskan anak-anak.

Lebih membuatkan wanita ini emosi adalah suaminya itu ‘selamba’ lepak bersama rakan-rakannya sedangkan Nadya bersusah payah mengurus anak-anak di rumah bahkan akui fikirannya sedikit terganggu gara-gara memendam perasaan.

“Habis meeting melencong tempat lain. Untunglahhhhh boleh lepak tiap2 malam. Kita ni? Haihhhh tahlah”

“Kita dah lah duduk rumah handle anak-anak sorang diri, kalau luah tu, boleh dengar and comfortkan kita sikit kurang lah sikit rasa sayu ni.

“Tapi tulah, Tak sempat nak cakap, busy dengan fonnn and kerja dia je. Nak try cakap pun takut. So diam/pendam jelah”


“Dah lah pi Thailand berminggu2 kerja tinggal i dengan anak 3 terkontang kanting. Minggu depan pi lagi tah berapa minggu…

“Struggle sampai dukung anak sambil nangis tau.. budak2 ni pun makin hati tisu sekarang mungkin sebab terkurung kat sini kot.. sebab tu mental i ni terganggu, pendam banyak.” ujarnya lagi

Dia juga mengatakan sejak kelahiran anak bongsu mereka pada Mac lalu, dia tidak mempunyai me time yang berkualiti selain tidak mengambil khidmat pengasuh untuk menjaga anak-anaknya bahkan tersinggung apabila suaminya seolah-olah tidak mempedulikan dirinya dan anak-anak.

Perkongsian Nadya di laman Instagram:

Sekadar info, Nadya serta suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohammad Dayyan, 6, dan yang terakhir Muhammad Barr, 3 bulan.