Selamba Hina & Ajuk Laungan Azan Di Radio, Yusuf Azmi Gesa Polis Ambil Tindakan Terhadap ‘Blogger’

Tidak reda lagi isu wanita yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak mempersendakan agama ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi baru-baru ini, kini timbul sebuah lagi isu baharu.

Laungan azan merupakan syiar Islam yang kita dengar saban hari dan menjadi satu nikmat buat semua umat islam namun dalam rakaman yang tular, dapat kita lihat seorang lelaki seakan mengajuk laungan azan di radio kenderaan yang dinaikinya.

Bukan sahaja mengundang marah warganet, malah ianya juga mendapat perhatian daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) iaitu Yusuf Azmi yang turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan biadap ‘blogger’ berkenaan yang langsung tidak menjaga sensitiviti agama lain.


Susulan daripada itu, Yusuf Azmi meminta agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera melakukan siasatan lanjut selain mengambil tindakan yang sepatutnya kerana lelaki itu benar-benar mencabar dan menguji kesabaran umat islam.

“Ini lagi satu biadap! Jangan uji batasan kita! PDRM mohon ambil tindakan.” Ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya sememangnya tidak wajar dilakukan apatah lagi bila kita hidup di dalam negara Malaysia yang mempunyai berbilang agama, kaum dan bangsa.

Antara komen warga maya:

“susah sangat ke nak hormat agama? orang zaman sekarang sungguh biadap”

“dia ingat orang islam akan duduk diam ke bila dia buat macam tu”


“mencabar betulll.. kami tak hina agama kamu, kamu pulak yang menghina agama islam kami”

“nasib kau memang baik la, kalau depan aku kau buat camni dah…”

“biadap.. kita diam bukan sebab kita lemah”

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Azmi (@yusufazmi_s1m)

Sekadar rekod, Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) yang dipengerusikan oleh Yusuf Azmi baru-baru ini menggesa pihak berkuasa menutup terus kelab komedi yang didakwa menyajikan persembahan lawak jelik dan menyentuh sensitiviti agama serta kaum.

Bukan itu sahaja, Yusuf Azmi bersama pelawak terkenal, Shahrol Shiro dan pengarah, Syamsul Yusuf menggesa agar polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap premis berkenaan.