Penangan ‘Mat Kilau’, Aksi Dua Orang Budak Terlebih Bersemangat Dalam Pawagam Buat Ramai Terhibur

Filem ‘Mat Kilau’ yang mula ditayangkan beberapa hari lepas menjadi satu fenomena apabila hasil kutipannya kini telah pun mencecah RM71 Juta sekaligus melepasi kutipan filem antarabangsa seperti Jurassic World dan Top Gun Maverick.

Bila ramai yang memberikan feedback yang baik, sudah pasti kita akan membawa keluarga untuk tonton bersama bukan?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu yang membawa anaknya menonton filem ini sempat berkongsi moment dimana anaknya terlebih bersemangat melihat ‘scene’ peperangan dalam filem itu.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat mereka duduk di ‘seat’ paling depan dan kelihatan anaknya membawa pedang mainan dan turut ‘berlawan’ apabila melihat scene perang.

Apa yang lebih melucukan, seorang daripada mereka yang berada di atas kerusi siap mengangkat kaki seolah-olah ingin menendang musuh!


Bagi mengelakkan salah faham, wanita ini turut mengatakan dia telahpun menempah seat paling hadapan agar tidak menganggu penonton yang lain.

“Maaf kalau video ni mngundang kurang senang.. jangan risau anak saya tak ganggu orang.. wayang seat memang jenis baring ..partion tinggi kiri kanan..” ujarnya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka yang turut menjiwai setiap watak dan scene dalam filem itu.

Malah ada juga yang berseloroh mengatakan pahlawan melayu kini sudah moden kerana menggunakan ‘samurai’ untuk bertempur.

Antara komen warga maya:

“anak aku lepas tengok mat kilau hari2 ajak lawan..”

“pahlawan melayu pakai samurai”

“ambil kauu.. dengan kaki2 pun naikk”

“nasib dok depan kalau dok belakang takut dia tibai orang depan dia”

Video yang tular:

@tirazif #matkilaufilem #semangat #kalikeduarepeat #syamsulyusof #filemmelayu ♬ original sound – Tira ALaudin

Sekadar rekod, filem ini Bagai menjadi fenomena apatah lagi apabila Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Tengku Permaisuri Selangor DYMM Tengku Permaisuri Norashikin turut mencemar duli hadir ke pawagam untuk menonton.

Bahkan banyak lagi orang-orang yang hebat tampil menonton filem ini dan rata-rata mereka memberikan komen yang sangat baik tentang filem ini. Siap ada yang bagi rate 10000 out of 10 tau! Bukan biasa biasa.