“Untung mak bagi dik” Mak Bagi Honda Sebab Dapat 8A SPM, Remaja Dipuji Bertuah

Ibu bapa mana yang tidak bangga melihat kejayaan anak sendiri dapat pelajaran. Setidaknya, anak telah pun memulakan langkah kepada masa depan yang lebih cerah.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu sangat menghargai usaha keras anaknya yang memperolehi 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga memberikan anaknya hadiah mewah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cekgumass, ibu yang dikenali sebagai Masitah Noordin menghadiahkan sebuah kereta Honda kepada anak lelakinya yang dikenali sebagai Rifhan selepas mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM.

Masitah yang juga dipercayai seorang guru berkongsi satu video di aplikasi TikTok memaparkan momen ketika anaknya mengambil keputusan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau.

Dikatakan, dia sebenarnya menempah kereta Honda Baharu sudah lama, namun masih belum sampai dan akhirnya dia memilih untuk mengambil kereta Honda terpakai.

“Sebenarnya Honda baru order lama dah, tahun lepas lagi. Lambat dapat, ambik yang second (terpakai),” tulis Masitah baru-baru ini.

Menerusi video lain, dapat kita lihat si anak yang teruja mendapat hadiah tersebut bahkan menjadi kemudahan untuk bergerak ke sesuatu tempat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menzahirkan ucapan tahniah buat pemuda ini kerana telah memperolehi keputusan cemerlang untuk SPM.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan dia merupakan anak yang bertuah dan mengingatkannya agar dapat membalas jasa orang tuanya satu hari nanti.

Antara komen warga maya:

“tahniah untuk anak cikgu.. hasil didikan yang hebat dari ibu ayah yang hebat”

“untung la dah dapat honda..”


“hargai dik.. ibu bapa adik.. saya keje baru boleh kereta, umur 25 tahun baru ada kereta sendiri”

“bestnya.. kita dulu..”

“umi tanya nak hadiah apa, aku cakap taknak apa2 sebab tahu umi bukan orang senang”

Video yang tular di laman TikTok:

@cekgumass #spmerapendamik#alhamdulillah ♬ bunyi asal – –9316

@cekgumass #hadiahspm ♬ original sound – Ig: icahfa