Wanita Jepun Menangis Dapat Makan Durian Selepas Tiga Tahun Pandemik Buat Netizen Teruja

Bercakap sahaja tentang durian, pastinya ramai diantara kita yang gemar malah ada yang memang ‘hantu durian’. Bagi lah berapa biji pun boleh dia habiskan apatah lagi pada musim durian sekarang ini.

Selain rakyat Malaysia, ada juga mereka dari negara lain yang cukup suka makan durian seperti seorang wanita Jepun yang terkenal di YouTube ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai iChang RM di Youtube, dia sampaikan menangis apabila berjaya menikmati durian di Malaysia selepas hampir tiga tahun.

Difahamkan, pandemik yang melanda seluruh dunia sebelum ini membuatkan wanita itu terperangkap di Hong Kong dan tidak dapat pulang ke Malaysia.

Ramai yang tidak menyangka wanita yang berasal daripada Jepun itu merupakan penggemar durian malah dia juga mahir memilih durian yang elok dengan hanya menghidunya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bakul.

Dapat kita lihat, dia menitiskan air mata sewaktu makan durian yang sudah lama diidamkan malah pada penghujung video semasa dia ingin membuat pembayaran, juruwang di situ sempat menegurnya yang sudah lama tidak berkunjung ke situ.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat gelagat wanita tersebut yang menikmati durian mengalahkan orang tempatan.

Antara komen warga maya:

“you guys make me craving to try durian even though i’m not a durian lover”

“that’s beautiful durian you picked, IChang even smells the durian when selecting!”


“I’m happy looking iChang and Jimmy with the ecpression and was excited face looking the durian. Hidup durian!”

“just like meeting your another half after two years”

Video yang tular di laman Youtube: