Ajak Naik Jet Ski Bersama, Gadis Geram Dikacau Lelaki Gatal Walaupun Beritahu Dah Bertunang

Pasti ada diantara kita yang mempunyai pengalaman diganggu oleh ‘stranger’ bukan? Apatah lagi bila kita sedang berseorangan, lagi ‘rancak’ mereka nak kacau.

Malah, bukannya isu yang pertama wanita diganggu oleh orang yang tidak dikenali susulan banyak situasi yang pernah berlaku sebelum ini termasuklah dikejar orang yang tidak dikenali sewaktu berbasikal.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang wanita diganggu oleh seorang lelaki sewaktu berada di pantai mencuri perhatian ramai.

Difahamkan wanita tersebut pergi ke pantai untuk meluangkan masa berseorangan disamping mencari ketenangan. Namun tiba-tiba datang seorang lelaki gatal menggangunya membuatkannya tidak selesa.

Lebih membuatkan wanita ini geram adalah, lelaki tersebut terus cuba mendekatinya walaupun wanita ini sudah memaklumkan statusnya yang merupakan tunangan orang.


Lelaki itu meneruskan perbualan dan menganggap ‘tunangan orang’ itu bukanlah satu perkara yang boleh membuatkannya tidak mendekati wanita tersebut.

Dia juga mengajak wanita itu untuk menaiki jet ski bersama. Dapat kita lihat wajah wanita tersebut yang sangat tidak selesa dan seperti malas hendak melayan karenah lelaki tersebut.

“Aku kan pergi pantai nak me time, nak self healing. Tebgah2 hirup udara pantai, datang crocodile ajak naik jetski.” Ujarnya

Dalam masa yang sama, wanita itu juga meminta lelaki yang dianggap buaya itu untuk mencari ‘mangsa’ yang lain susulan dirinya yang sudah ‘serik’ dikhianat.

“Aku ni dah rasa macam mana perit kena khianat tau, dah rasa sakit kena tinggal. Sorry boya, silap target, sila cari target lain” tulisnya sinis di ruangan caption.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki yang selamba mengganggu wanita apatah lagi jika mereka berseorangan.

“Aku pernah jumpa konon nak usha, bila cakap dah tunang, eh dia boleh kata ‘ala baru tunang boleh putus”- Netizen

Dalam masa yang sama, netizen juga berharap agar wanita di luar sana dapat menjaga diri dan lebih berhati-hati apabila berseorangan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Antara komen warga maya:

“cakap je saya gold digger”

“kenapa la lelaki macam ni wujud”


“cakap dah kawin pastu blah je.. jangan dok layan dia membebel..”

“palau dia kak, buat macam dia tak wujud”

Video yang tular di laman TikTok:

@nrzzati._Aku ni dah rasa macam mana perit kena khianat tau, dah rasa sakit kena tinggal. Sorry boya, silap target 🐽 Sila cari target lain.

♬ original sound – Z A T I 💎