Unik! Minyak Masak Dijual Seperti Di Stesen Minyak, Netizen Malaysia Teruja

Stesen minyak ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijual ialah petroleum atau minyak diesel.

Dispenser bahan api digunakan untuk mengepam petroleum, diesel, CNG, CGH2, HCNG, LPG, LH2, bahan api etanol, bahan api bio seperti biodiesel, kerosin, atau bahan api jenis lain ke dalam kenderaan.

Walau bagaimanapun, lain pula caranya di negara jiran kita. Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan minyak masak dikeluarkan melalui tangki yang mirip seperti stesen minyak yang menjual diesel dan petrol!

Kejadian dipercayai berlaku di Mesuji Lampung. Dalam video yang dimuat naik oleh @izamcashcreditt, seorang lelaki sedang memicit nozel pam untuk mendapatkan minyak masak.

Lelaki itu turut dilihat fokus memenuhi beg plastik yang dibawanya dengan minyak masak. Bukan satu sahaja beg plastik, malah banyak lagi yang telah diisinya lalu diletakkannya ke dalam beg raga berwarna ungu.

Sungguh unik dan tidak pernah dilihat di mana-mana negara meskipun Malaysia, membuatkan orang ramai teruja melihat perkara tersebut!

Mana taknya, cara minyak masak itu dijual tidak jauh beza dengan perkhidmatan membeli bahan api di mana-mana negara.

Di satu stesen tersedianya dua pam berlainan warna dan orang ramai dikehendaki menekan papan kekunci nombor di situ yang mungkin digunakan untuk memasukkan jumlah minyak masak yang diinginkan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen akui idea bernas itu boleh dicontohi oleh negara lain kerana dapat memudahkan orang ramai.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“kalau kat malaysia nie satu hilux kene angkut nie😂”

“Bru tau ad mesin buat minyak goreng 😂😂”

“minyak petrol❌ minyak masak✅”


“kalau kat Malaysia buat sistem and pump mcm ni pon ok jugak…”

“minyak goreng dijual sama minyak petrol. 😅”

Setakat ini, video yang dikongsikan seminggu yang lalu telah mencuri tumpuan ramai sehingga mencecah tontonan sebanyak 1.9 juta beserta 72.6 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@izamcashcredittkbh di lakoni boss.♬ DJ Bbhm Rihana By DJ Opus – DJ Opus