Kasihan Petani! Penat-Penat Tanam Padi, Budak OOTD Suka Hati Pijak Sawah Buat Netizen Berang

Tak salah untuk pergi bercuti merehatkan minda. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Pun begitu, kita harus tahu adab dan batas ketika melancong. Tak kira luar mahupun dalam negara.

Kalau nak tangkap gambar sekali pun, janganlah sampai merosakkan harta orang lain. Tak pasal-pasal kena marah nanti.

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook telah meluahkan rasa kurang puas hati terhadap pelancong yang datang ke kawasan sawah padi untuk ber’OOTD’.

Melihat gambar yang dikongsi oleh individu tersebut, sawah padi yang terletak di Sekinchan dilihat rosak akibat dipijak sesuka hati oleh beberapa orang pelancong.

Individu itu sedar Sekinchan merupakan tempat tarikan pelancong, namun dia minta agar orang ramai tidak merosakkan tanaman padi orang lain.

Tambahan pula, kasihan kepada petani yang bersusah payah menanam padi di bawah panas matahari namun akhirnya dipijak oleh pelancong.

“Walaupun Sekinchan tempat tarikan Pelancong tapi janganlah rosakkan Padi orang lain” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan pelancong tersebut.

Malah mereka menyarankan agar membuat tabung derma atas padi yang rosak angkara pelancong.

Selain itu, netizen turut memberi idea agar mengenakan cas sebanyak RM1 bagi setiap pelancong yang ingin mengambil gambar di situ.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Letak tabung derma padi rosak”

“Suh owner buat platform untuk amik gmbr cas rm1 sudah…owner xsakit hati…bdk ootd boleh buat perangai”

Posting yang tular di laman Facebook