Sedih Lihat Anak Dicakar Di Taska, Guru Beri Alasan Tak Munasabah

Sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak ke taska mahupun tempat penjagaan kanak-kanak, golongan ibu terutamanya mesti sudah terfikir macam-macam.

Tambahan pula dengan peningkatan kes dera di taska, makin over thinking lah si ibu. Tapi nak buat macam mana. Nak tak nak kena juga hantar anak ke taska supaya kebajikan anak-anak terjaga ketika ibu bapa keluar bekerja mencari rezeki.

Baru-baru seorang wanita bernama Lidiya Izam telah menzahirkan rasa kecewa terhadap pihak taska yang menjaga anaknya, Aqasha.

Hantaran yang dibuat di Facebook itu telah menceritakan kisah anaknya yang dihempap, digigit dan dicakar oleh kanak-kanak di taska tersebut.

Yang lebih mengecewakan, apa yang diceritakan oleh guru taska di situ lain dengan apa yang dipaparkan di rakaman CCTV.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2-3 bulan lepas, Lidiya berkata dia telah menerima satu mesej melalui WhatsApp daripada salah seorang guru taska pada jam 2 petang.

“Kesal sangat-sangat bila bagi amanah pada taska berdaftar yang mempunyai nama dan juga bagus.

“Sikap kecuaian pihak taska yang bagi saya memang tak boleh diterima pakai.

“Berdasarkan perbualan melalui WhatsApp pada awalnya, konon-kononnya cikgu ‘tak sempat’ nak meleraikan kanak-kanak yang mencakar Aqasha tapi hakikatnya bila tengok CCTV (kamera litar tertutup), lain pula jadinya,” katanya.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsi, beberapa anak kecil dilihat berada di dalam sebuah bilik tanpa pengawasan penjaga atau guru pada ketika itu.

Rakaman berdurasi 31 saat itu turut menunjukkan seorang kanak-kanak sedang asyik mencakar muka Aqasha yang sedang terbaring seperti sedang menahan kesakitan.

Lebih tragis, selepas dicakar Aqasha ditindih pula oleh kanak-kanak sama yang bersaiz besar daripadanya.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun menghentikan perbuatannya sebaik sahaja seorang guru masuk ke bilik tersebut.

“Kata ‘principal’ taska tersebut, cikgu keluar buat susu dan cikgu lain pergi solat. Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi kenalah dengan situasinya.

“Jadi dekat situ rasa macam dimanipulasi, sebab berdasarkan WhatsApp cikgu tengah bagi kanak-kanak lain minum susu jadi saya anggap cikgu ada depan Aqasha.

“Rupa-rupanya satu cikgu pun tak ada dalam bilik,” luah Lidiya.

Setelah kejadian itu, Lidiya mendakwa bahawa dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak taska.

“Satu call pun saya tak dapat dari pihak taska untuk jumpa berbincang dengan saya walhal saya yang terhegeh-hegeh WhatsApp tanya keadaan.

“Patutnya saya yang emosi tapi pengetua tu pula yang emosi dan kurang beradab,” katanya.

“Pengajaran buat saya dan juga ibu bapa dekat luar sana. Periksa latar belakang sebelum daftar anak.

“Macam-macam dah dengar berita pasal pengasuh puaka tapi akhirnya kena dekat anak sendiri atas sebab kecuaian. Kalau lama lagi ditinggalkan dalam satu bilik, nauzubillah,” kata Lidiya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersimpati dengan Aqasha selain berasa geram dengan kecuaian pihak taska yang dirahsiakan Lidiya.

Selain itu, para ibu turut dilihat semakin sukar untuk percaya orang luar yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak-anak kecil mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook


Setakat ini, hantaran yang dibuat pada 8 Jun lalu telah meraih perhatian ramai dengan mendapat 1.1 ribu tanda suka, 1.4 ribu komen dan 4 ribu perkongsian!

Posting yang tular di laman Facebook