“Umat makin tenat” Joget Cucuk Langit Sebagai Penutup Majlis Tilawah Alquran, Netizen Akui Kecewa

Program keagamaan adalah satu program yang dianggap suci lagi-lagi jika membabitkan program tilawah alquran. Seperti yang kita tahu, selalunya akan dibacakan doa pada awal dan juga penutup majlis bagi memberkati lagi suasana.

Pun begitu, lain pula kejadian yang berlaku di negara seberang ini dimana penganjur mengadakan joget cucuk langit sebagai penutup majlis mengundang kecaman ramai terutamanya bagi orang muslim.

Video penutupan majlis tilawah itu telah viral di media sosial dan salah seorang pengguna Facebook, Abduh Nursalam telah muat naik video tersebut di laman Facebooknya.

“Maksiat terbuka ini berlaku dalam majlis penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran di sebuah negeri di negara jiran.
Semua berkopiah bertudung. Program baca Al-Quran, tapi ditutup dengan lagu Bara Bara Bere Bere.”

“Umat makin tenat…Bala kalau turun, semua akan kena. Di sana ada ramai orang-orang soleh. Makin berat kerja dakwah yang mereka kena buat”

“Semoga Allah sentiasa beri kekuatan kepada kita untuk sentiasa mengatakan benar jika ia sebuah kebenaran. Salah jika ia sebuah kesalahan. Ya Allah, berikan kami dan mereka hidayah-MU”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kecewa dan sedih melihat program suci itu diakhiri dengan lagu cucuk langit sebegitu.

Malah netizen juga hairan dengan penganjur yang seolah-olah tidak dikurniakan akak fikiran sekaligus mencemarkan nama baik agama.

Antara komen warga maya:

“sedih tengok umat islam macam ni.. minta jauh berlaku macam kat Malaysia”

“akhir zaman sungguh.. tenat, penat, kritikal mungkin semua dah gila”


“dah kenapa dengan semua nii.. ini bukanlah cara islam yang sebenar, tolong jangan terpedaya”

Video yang tular di laman facebook: