Connect with us

Viral

Beri Hadiah Tak Senonoh, Netizen Kesian Tengok Reaksi Tidak Selesa Pengantin Wanita


Hari persandingan tentunya bahagia dengan kehadiran ahli keluarga dan juga rakan taulan. Bukan sahaja mencipta kenangan bahkan segala gelak tawa dan gurauan akan kita ingat sampai ke akhir hayat.

Pun begitu, harus diingatkan bahawa setiap gurauan mempunyai limitnya yang tersendiri apatah lagi jika berada di khalayak ramai.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang pengantin terpaksa menahan malu apabila rakannya memberikan hadiah kahwin mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat baik oleh @Malaysiaviral di laman TikTok, dapat kita lihat dua orang mempelai sedang bersanding di atas pelamin lengkap berbusana biru.


Pun begitu, sewaktu sesi pemberian hadiah dan bersalaman, dapat kita lihat sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan kepada pengantin lelaki memberikan hadiah yang tidak senonoh seperti kondom kepada pihak pengantin lelaki.

Dapat juga kita lihat, reaksi pengantin perempuan yang malu dan tidak selesa berada di atas pelamin malah pengantin lelaki pula dengan cepat menyorokkan ‘hadiah’ tersebut.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menganggap tindakan mereka ini seperti kebudak-budakan dan tidak matang gara-gara memilih hadiah seperti itu untuk pengantin.

“Lain kali jangan jemput sampah-sampah gini datang, buat malu je. Kesian pulak tengok pengantin perempuan.” Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga kasihan melihat wajah pengantin perempuan yang tidak selesa namun terpaksa mengukir senyuman agar tidak merosakkan majlis persandingannya.

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter:

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)