“Tutup aurat pun masih gagal” PU Syed Bidas Kenyataan Nabila Tentang Isu Konsert Blackpink

Terdahulu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyelar konsert Billie Eilish dan sekaligus bercadang untuk melakukan himpunan bantah susulan kehadiran girlband dari Korea Selatan iaitu Blackpink yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023.

Baginya, ianya satu perkara lagha yang mana tidak sesuai dengan negara islam. Bukan itu sahaja, dia juga menegaskan agar peminat pergi ke Korea untuk menonton persembahan tersebut dan bukanlah dilakukan di Malaysia.

Kenyataan berikut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang baik, ada juga sebaliknya.


Tidak cukup dengan itu, ia turut mendapat perhatian daripada seorang pelakon popular iaitu Nabila Huda yang menganggap tindakan PU Syed itu tidak matang.

“Kena batal international concert kalau tidak nak protes? Seriously? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kita, itu yang diberi perhatian.. immature nya..” ujar Nabila menerusi laman Twitternya
Tampil membidas tanggapan tersebut, PU Syed memulakan hujahnya dengan mengatakan kematangan seseorang boleh diukur berdasarkan kefahaman mereka kepada perintah dan juga larangan Allah.

“Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.”

“Hidup kita bukan lakonan, hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang perlu kita laksanakan. Ada larangannya yang perlu kita tinggalkan. Maka muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langkit, takut merecik ke muka sendiri,” katanya.


“matangnya seseorang diukur bila patuh dan taat segala tegah dan larangan Allah!! selagi ambe bernafas..selagi itu ambe takkan duduk saja melihat kemungkaran berlaku..di depan mata”

Video yang tular di laman TikTok:

@pu_syed matangnya seseorang diukur bila patuh dan taat segala tegah dan larangan Allah!! selagi ambe bernafas..selagi itu ambe takkan duduk saja melihat kemungkaran berlaku..di depan mata . #adeambetakut ♬ original sound – PU Syed