Sakan Berjoget, Gelagat Makcik ‘Naik Sheikh’ Layan Persembahan Di Mall Buat Ramai Terhibur!

Bila kita tengok persembahan tidak kiralah dimana, sudah tentu ada satu perasaan teruja apatah lagi bila sesebuah penyanyi atau band itu sendiri membawa ‘lagu’ tersebut dengan cukup baik sekali.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang makcik berbaju merah kelihatan sakan menari ketika melayan sebuah persembahan di pasar raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eynaa___, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah pusat beli belah dan dapat kita lihat sebuah persembahan sedang berlangsung.

Bagaimana pun, apa yang menarik perhatian ramai adalah seorang makcik kelihatan sangat ‘enjoy’ dengan persembahan yang dilakukan sehingga dilihat berjoget mendengar lagu yang dinyanyikan.


Bukan itu sahaja, malah dia langsung tidak menghiraukan orang sekelilingnya yang turut berada di situ dan tetap meneruskan tariannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat makcik tersebut yang gembira melayan persembahan berkenaan.

“Mak cik ni tiap kali ada apa-apa event mesti dia mai duk menari, semangat mak cik” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mendakwa makcik tersebut akan datang jika adanya event disitu.

Antara komen warga maya:

“Hahahah tiap kali hari ahad mesti dia ada.. duk menari sakan..”

“Makcik be like: Billie who?”


“Makcik ni kerap ada bila ada pertandingan muzik2”

“Dengar cerita makcik tu sampai sekarang masih macam tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@eynaa_____ Rancak balik makcik 🤣 #mydinmalaysia #fyp #viral #manamanarancakkkk ♬ original sound – Eʏɴᴀᴀ ఌ

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 73.7K tontonan, 4569 tanda suka, 185 komen, 188 simpanan dan 321 perkongsian di applikasi TikTok.

Comel betul tengok telatah makcik ni, setempat je dia menari! hehehe