Dakwa Labur RM66,000, Wanita Tampil Dedah ‘Sisi Gelap’ Bisnes Mesin Air Buat Ramai Terkejut

Setiap orang yang melaburkan modal untuk memulakan perniagaan pastinya menginginkan keuntungan semula. Nama pun berbisnes, siapa yang ingin kerugian kan?

Namun, ada juga sesetengah pihak yang seakan mengambil kesempatan atas orang yang melaburkan modal.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dikatakan telah mengalami kerugian yang besar setelah membuat keputusan untuk berbisnes mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ppaaaeeeepappap, beliau mendedahkan bagaimana beliau seolah ‘terpedaya’ dengan sebuah syarikat Muslim serta 100% Bumiputera selepas melaburkan wang sebanyak RM66,000 untuk membeli mesin air beserta pakej ‘lokasi strategik’.

Pada awalnya, wanita ini diterangkan dengan jelas dimana bisnes mesin air yang akan dilakukan ini akan memberi pulangan yang agak besar.

Bahkan, mesin air yang dilaburkan bakal diletakkan di ruang pelepasan KLIA dan asrama lelaki UiTM Shah Alam sekaligus membuatkan beliau tertarik untuk melabur RM66,000.

Bagaimana pun, segala-galanya bagaikan indah khabar dari rupa apabila wanita ini sekali lagi dimaklumkan mesin air tersebut akan tetap diletakkan di KLIA san UITM namun bukan pada lokasi ‘strategik’ yang dikatakan.

Wanita ini diberitahu oleh penjual tersebut akan meletakkan sebuah mesin air di perpustakaan UITM tersebut yang mana sudah mempunyai mesin air oleh syarikat yang sama pada setiap tingkat.

Lebih menyedihkan, di KLIA pula sekadar diletakkan di dalam pantri atau ruang makan staf KlIA yang sememangnya kita tahu tidak berpontensi meraih pembeli yang tinggi.

Oleh kerana kenaifannya pada ketika itu serta perasaan teruja untuk melakukan bisnes, dia telah melabur sebanyak RM38,000 untuk membeli sebuah mesin air tin dan mesin air 3 dalam 1 untuk membuat kopi pada harga RM28,000.

Oleh kerana lokasi yang dinyatakan tidak seperti apa yang dibincangkan sebelum ini, wanita ini meluahkan rasa tidak puas hatinya namun akui tidak dapat melakukan apa-apa kerana kontrak yang dipersetujui hanyalah melibatkan mesin dan bukannya perletakan lokasi mesin air.


Tanpa rasa bersalah, syarikat tersebut turut memaklumkan sedia membuat kontrak yang baharu jika kontrak yang dipersetujui tamat kelak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap syarikat tersebut yang mengambil kesempatan ke atas orang lain sehingga menyebabkan kerugian yang besar.

Bukan itu sahaja, netizen juga bersimpati dengan nasib wanita ini dan berharap perkara tersebut dapat dijadikan pengajaran bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan.

Antara komen warga maya:

“Tq sis kongsi pengalaman.. bak kata orang, pengalaman kita pengajaran untuk semua”

“Sayaterpikir juga nak buat tapi banyak kali tak jadi”


“Betul.. ayah saya pernah kena.. masa tu saya sekolah tak silap.. ramai gila yang kene tipu..”

“Dah kena tahun 2012.. lesap duit kawin.. stress gila time tu..”


Video yang tular:

@ppaaaeeeepappap Company yg jual vending machine ni own by Pak Haji ye and 100% bumiputra.. so frustrating bile kene mcm ni but I hope mu experience can be lesson for u #vendingmachinemalaysia ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata