Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di ICU, Aizameen Akhirnya ‘Pergi’

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya telah ditentukan olehNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya takdir yang menentukan segalanya.

Menerusi laporan Harian Metro, bapa dua anak, Aizameen Haqim Abd Razak yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.

BACA: “3 sekeluarga di hospital” Suami Koma & Isteri Baru Habis Pantang Kena Jangkitan Kuman,Sepupu Mohon Doa Semua

Aizameen menghembuskan nafas terakhir jam 1.47 tengahari tadi

Allahyarham Aizameen, 27, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

Perkara itu dimaklumkan sepupu isterinya, Emmy Farhany Ahmad, 41, menerusi kiriman Whatsapp kepada Harian Metro.

“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi”.

Sama-sama kita doakan, Al-Fatihah

“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.

Difahamkan, jenazah Aizameen dilaporkan masih berada di hospital untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Isterinya turut dimasukkan ke ICU akibat jangkitan kuman

Laporan Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpisah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.

“Pada 30 Oktober yang lalu, Aizameen telah dimasukkan ke ICU selepas mengalami asma kronik”

“Manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jangkitan kuman dalam darah”.

Anak bongsu mereka turut dimasukkan ke hospital

Anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan najis berdarah

Sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.

Walaubagaimanapun, Fatin sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah kepada keluarga dan mendoakan kesembuhan keluarga ini.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga mereka diberikan kekuatan menempuhi dugaan ini. Selain itu juga, semoga Fatin dan anak-anak diberikan kesembuhan.