“3 sekeluarga di hospital” Suami Koma & Isteri Baru Habis Pantang Kena Jangkitan Kuman,Sepupu Mohon Doa Semua

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dihadapi pasangan ini apabila si suami kini koma kerana menghadapi masalah berkaitan paru-paru.

Malah, lebih menyedihkan apabila isterinya yang baru sahaja habis berpantang dijangkiti kuman dalam darah turut dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Menerusi perkongsian di laman Facebook, sepupu kepada wanita tersebut iaitu Emmy Farhany Ahmad memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesihatan keluarga ini.

Tiga sekeluarga di hospital

Dalam gambar Ini sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi seorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.

Apa yang cuba saya nak sampaikan berat ujian sepupu saya sekeluarga ni. Mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama.

Masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu. Sekarang dalam keadaan koma.

Dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya. Sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan.

Isteri pula masuk ICU

Malam tadi pula. Sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dalam darah. Fatin terlalu lemah. Mulanya suspek denggi.

Bila darah drop Fatin terus rebah sampai biru muka. Maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak.

Baby kena warded

Berat lagi ujian dalam mereka suami isteri di icu, hari ini baby pulak warded. Beberapa hari ini baby kena cirit birit sampai berak berdarah. Tu yang pergi hospital rupanya baby pun tak okay.

Dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis. Setiap malam nangis tanpa henti. Puas berubat tapi tak dapat ubati.

Hanya mengurangkan sikit saja. Anak sulung pun tengah tak sihat. Demam eczema teruk. Kesian si abang. Saat ini si abang dijaga oleh mak saudaranya.

Tolong doakan

Jadi saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya please doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga.

Berikan kesihatan kepada Fatin dan babynya serta anak sulungnya. Doakan ada sinar buat Aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak-anak.

Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dapat membalasnya. Berat ujian sepupu saya tanggung.

Kuat dik Fatin.. Along dan semua family Haji Sahri sayang ko dik. Sebak sangat. Saat ni rasa macam useless sangat sebab tak boleh balik kampung bagi moral support dekat family.