[VIDEO] “Ustaz nak bawa kami ke mana” Ebit Lew Bawa Anak Jalanan Beli Baju Raya

Aidilfitri bakal menjelma beberapa hari saja lagi. Pastinya pelbagai persediaan untuk menyambutnya sudah pun disiapkan.

Tetapi kita jangan lupa dengan mereka yang tidak berkemampuan. Masih ada yang mengemis di jalanan untuk sesuap nasi.

Mereka juga punya hak untuk bergembira seperti kita semua.

Tidak seperti ‘ustaz’ jadian lain yang sibuk berbicara hal aurat wanita dan mencari kesalahan orang lain, Ustaz Ebit Lew dengan caranya tersendiri sentiasa mencari golongan asnaf untuk dibantu.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew memuat naik video di mana beliau membawa anak-anak jalanan untuk membeli baju raya.

Berikut adalah perkongsian beliau.

_________

Ustaz nak bawa kami kemana. Bestnya nak beli baju raya ke? Dekat mana ustaz? Sebak bila bawa anak ini jalan-jalan dekat sogo.

Hari-hari bidadari saya tanya abang bila nak bawa anak-anak jalanan, yang diuji Allah, kurang kemampuan dan ada anak yatim g beli baju raya

Penuh kereta saya melebihi muatan. Duduk ramai-ramai. Ada lagi 2 kereta. Masuk jer sogo meriah terus. Layan anak ini buat saya rasa bahagia teramat sangat.

Saya gembira sangat dapat belikan yang terbaik buat bidadari dan anak-anak. Hari ini dapat bawa anak-anak ini buat saya rasa bahagia.

Rasanya macam best sangat. Syukur pada Allah atas nikmat melihat senyuman anak-anak ini. Try kan baju. Carikan saiz.

Layan anak lelaki dan layan anak perempuan semua ini. Ada yang menangis nak baju tapi takde saiz. Hehe. Meriah rasa

Ustaz nak ini. Ustaz nak makan. Jom kita semua pergi makan. Semua minum milo ais. Hehe. Sepanjang jalan berebut nak pegang tangan saya.

Berebut nak duduk dengan saya dalam kereta. Berebut nak cium tangan. Cakap terima kaseh. Ada yang nak peluk saya. Sedih,sebak,bahagia rasa. Allahuakbar.

Terima kaseh Allah – ebitlew

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata netizen memuji apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan mendoakannya sentiasa murah rezeki .

Malah, ramai juga yang sebak apabila melihat kanak-kanak tersenyum riang dapat baju baru untuk beraya.

Semoga amal jariah yang dilakukan oleh UStaz Ebit Lew ini akan menjadi contoh tauladan buat semua pembaca.