Tuan Tinggal Rumah Seminggu, Kucing Sakan Berpesta Siap Tenung CCTV Takut Kantoi!

Sebagai pemelihara kucing, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk kucing kita dan menjaga sehabis baik untuk melihatnya membesar sihat.

Apabila terpaksa tinggal dalam tempoh yang lama seperti pulang ke kampung untuk beraya atau ada urusan penting di luar negeri tentunya ramai yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat telatah si bulus ini.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita memang CCTV ketika perlu meninggalkan si bulus selama seminggu.

Namun apa yang melucukan adalah pelbagai gelagat yang dapat kita lihat malah rumahnya juga dilihat bersepah gara-gara si bulus ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @charliethedalmatiancat, dapat kita lihat beberapa ekor kucing yang seolah-olah berpesta semasa ketiadaan tuannya.

Lihatlah aksinya yang memanjat ke sana sini, menyepahkan rumah, bergaduh malah ada yang sempat menenung CCTV seakan-akan ingin memaklumkan kepada tuannya bahawa dia baik-baik sahaja di rumah.

“Balik rumah habis kerusi terbalik lingkup. rumah agak sepah sikit sebab belum habis renovate. kain atas sofa tu cadar n baju yg kami guna xbasuh sbb takut nanti diorang rindu mami n didib dia” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@charliethedalmatiancat Balik rumah habis kerusi terbalik lingkup. rumah agak sepah sikit sebab belum habis renovate. kain atas sofa tu cadar n baju yg kami guna xbasuh sbb takut nanti diorang rindu mami n didib dia😅#fyp #raya2022 #rayaterkejut #kucing #cat #catlover ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat semua kucingnya apatah lagi dengan kucing yang bertompok hitam putih itu. Ada sahaja yang nak dibuatnya.

Bukan itu sahaja, malah ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana rumah seakan ‘tunggang terbalik’ apabila meninggalkan si bulus dalam tempoh masa yang lama.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Siot weh yang perhati camera tu.. kalau tengah mamai tu memang terkejut je..”

“yang sekor tu satu rumah dia eplore, kantoi dia tau CCTV..”

“seminggu kami balik kampung beraya.. rumah dah mcm tongkang pecah 😌 husband sampai sambung cuti semata nak urus rumah.. berpesta sungguh kucing2”