Iman Troye Kata Lelaki Ini Macam Jep, Cara Gelak & Ketawa Yang Sama Buat Ramai Terhibur

Nama pelawak tanah air iaitu Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Manakan tidak, lawaknya yang spontan dan bersahaja nyata membuatkan ramai pecah perut!

Bagi peminat Jep Sepahtu, pastinya mengenali dengan cara pelawak terkenal ini menghiburkan penonton di pentas lawak sehinggakan ramai yang sanggup menunggu di hadapan kaca tv demi melihat pelawak ini.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang lelaki ini dikatakan persis Jep Sepahtu. Bukan kerana rupanya namun caranya yang bercakap tidak tumpah seperti Jep Sepahtu.

Menerusi satu video lain, dia membalas komen daripada penyanyi terkenal, Iman Troye yang meninggalkan komennya di salah satu video yang sebelum ini dikongsikan.

Lelaki ini bagaimana pun menafikan reaksi penyanyi itu namun bukan Iman Troye sahaja yang berasa begitu, malah ramai dikalangan netizen lain memberikan pandangan yang sama.

Berikut merupakan video yang tular:

@ayiematpiah Balas kepada @imantroye ♬ bunyi asal – Bro.A

@ayiematpiah

kenapa ek? btw welcome back my first account.. terima kasih ma bro jibby yg bantu 🙏🏻

♬ bunyi asal – Bro.A

Ketik artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 677.2K tontonan, 41.1K tanda suka, 1133komen dan 583 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teringin untuk melihat lelaki ini digandingkan dengan Jep Sepahtu apatah lagi apabila cara gelak mereka turut sama membuatkan ramai yang tidak kering gusi.

Berikut merupakan komen warga maya:
“Apa kata jumpa Jep Sepahtu”

“Panggil dia slot pagi dengan Jep”

“Dia gelak tu haha aku terikut”


“Eh mana ada samakan, tapi memang betul…”