Terlalu Rindu Ibu, Budak Perempuan Menangis Di Pusara Buat Ramai Sebak

Benar kata orang, perginya ayah ibarat kehilangan dapur. Tapi perginya mak, ibarat kehilangan satu rumah.

Buat anak yang masih kecil, tentunya mereka akan berasa sedih apabila tiada lagi kasih sayang daripada seorang insan yang bergelar ibu apatah lagi jika dia merupakan anak perempuan yang perlu banyak bimbingan daripada ibu.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak kecil kelihatan menangis di pusara ibunya pada 1 syawal kerana terlalu rindu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @qasirious, kelihatan dia bersama ayahnya berada di sebuah tanah perkuburan yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Dapat kita lihat, budak perempuan itu kelihatan menangis sambil memegang batu nisan yang tertera nama ibunya bahkan berulang kali memanggil ‘umi’ nya.

Ayahnya yang sebak melihat situasi tersebut bagaimana pun cuba menenangkannya agar terus kuat untuk menerima takdir yang telah pun tertulis buat mereka.

Difahamkan, budak perempuan yang lebih mesra disapa Sumayyah ini ditinggalkan ibunya yang pergi dijemput ilahi pada usia 2 tahun.

“Airmata pagi 1 syawal sumayyah rindu umi..turun motor terus pergi ke kubur umi nangis..umi tinggalkan sumayyah masa sumayyah umur 2 tahun tapi sumayyah macam dah tahu tu kubur umi dia tanpa saya cakap.. Allahhurabbi..” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@qasyrious Airmata pagi 1 syawal sumayyah rindu umi..turun motor terus pergi ke kubur umi nangis 😭😭😭..umi tinggalkan sumayyah masa sumayyah umur 2 tahun tapi sumayyah macam dah tahu tu kubur umi dia tanpa saya cakap 😭😭 Allahhurabbi.. #syawal2022 #airmatasyawal ♬ original sound – dekwaaaaaa – dekwacuwa

@qasyrious Sumayyah rindu umi..😭😭..#airmatasyawal ♬ Untukmu Ibu – Exist

@qasyrious Reply to @dayanamuaz ♬ original sound – kassyrious

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat anaknya yang tidak dapat menanggung rindu terhadap ibunya.

Dalam masa yang sama, netizen juga menzahirkan ucapan takziah disampai mendoakan agar dua beranak ini terus cekal menjalankan kehidupan seharian.

Antara komen warga maya:

“saya yang 20 tahun ni teringat pun menangis, apatah lagi adik ni..”

“rindu pada yang dah tiada memang sakit..”

“tersentuh hati tengok adik ni.. menangis lah sayang, moga rindu itu terubat seketika..”