Pulau Perhentian merupakan satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.

Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Pulau ini terletak di Daerah Besut. Jom baca tips dan cara-cara bagaimana nak pergi ke Pulau Perhentian.

1. Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu. Lagi satu airport Kuala Terengganu tiada bas murah lalu, Nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.

2. Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.

3. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.

4. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup. Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti. Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rase?

5. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?

6. Bawak lah maggi kalau korang nak low budget kat sana. Masak sendiri ka apa. Bawak sardin ka. Tapi aku makan ja kat sana. Memang mahal, tapi boleh lah kalau kongsi kongsi dengan kawan. Nasihat aku kalau nak jimat, bawak air mineral yang korang beli kat darat tu ke kedai makan. Sebab teh o ais kat pulau RM4 dan air paling murah pun teh o ais lah. Dah boleh jimat RM4 kat situ. Makan paling murah RM 8, nasi goreng.

7. Camera jangan lupa bawa, nak nak underwater camera.

8. Hang yang islam jangan nak gatal pi beach party lepas pukul 12am. Kalau sebelum pukul 12 boleh la sebab ada fire show. Lepas tengok fire show, balik lah. Tak payah nak menggatal kat sana. Kalau kita tak mabuk pun, nanti orang lain yang mabuk, kita terjebak sama. Orang kampung situ jangan nak ikut sangat kalau diorang ajak karaoke ke ajak p beach party ka. Mampuih hang kalau ikut depa.

9. Kalau nak hiking ke windmill, bawa lah kasut, tapi okay ja kalau pakai slipper, aku pakai slipper lawa lawa sampai je ke puncak. Bawa air time hiking sebab korang konfem akan dahaga tahap maksima nanti. Sebab tinggi juga bukit tu dan agak memenatkan.

10. Powerbank macam biasa paling penting. Cas penuh penuh. Hari tu aku pergi dah cas dari rumah, sampai sana rupanya terlupa bawak. Merana beb.

11. Kalau stay dekat Long Beach dan nak makan murah sikit, boleh makan kedai nama kak yah (sebelah turtle bay dive/sebelah kanan camp site). Situ makan murah tapi bukak sampai pukul 5 petang sahaja. Tapi masa aku pi pun tak sempat nak try dekat kedai kak yah ni, aku makan dekat Awatif Café ja. Kalau kedai bahagian atas sikit dari turtle bay tu agak mahal la. Better lagi Awatif Café.

12. Nak naik kincir angin dalam pukul 5 – 5:30 cun dah. Naik ikut kawasan campsite 15-20 minit hiking. Turun pukul 7 sebab kalau lambat takut gelap, kat situ tak ada lampu.

13. Kalau dari beach lain, boleh sewa bot teksi untuk hantar ke long beach ataw terus ke kincir angina tu. Tapi aku tengok ramai yang lalu ikut campsite aku. Mungkin pakcik bot memang hantar untuk ke long beach then kena hiking sendiri.

14. Kalau stay Long Beach boleh tengok sunrise. Jadi kena rajin bangun pagi, lepas solat subuh tak yah tidur dah. Boleh join mat salleh jogging di gigi air. Kalau nak tengok sunset boleh pergi dekat sha-rila beach. Kalau stay long beach boleh lalu ikut belakang, ada jalan untuk ke sha-rila beach. Walking distance 20 minit.

15. Sentiasa pakai lifejacket walaupun pandai berenang semasa snokerling sebab keselamatan. Ramai yang cramp kaki ketika berenang.

16. Barang berharga tolong bawak sekali kalau nak pergi mana mana. Kecuali korang tinggal di resort. Kunci lah pintu kemas kemas untuk keselamatan barang. Kalau bawak camera ke handphone, letak dalam seal bag dan dalam beg. Masa snorkelling boleh je tinggal atas bot. insya-Allah selamat. Seal bag tujuan dia tak nak bagi barang masuk air kalau hujan ka, beg terjatuh ka.

17. Bawak duit semasa snorkelling sebab biasa pakcik bot akan berhenti di kampung nelayan untuk makan tengah hari.

Itu lah antara tips ke Pulau Perhentian.

Kredit: Jom Ke Pulau Perhentian

Tengok chalet dan resort yang ada di Perhentian!



Booking.com