Thailand Haramkan Rokok Di Pantai.

Thailand baru-baru ini telah melaksanakan larangan merokok (serta membuang puntung dan kotak rokok) di 24 pantai di 15 wilayah, termasuk beberapa destinasi pelancongan yang terkenal seperti Phuket, Koh Samui dan Krabi.

Pengharaman ini dikatakan sebagai satu usaha untuk melindungi persekitaran pantai.

“Bermula 1 Februari, merokok dan membuang puntung rokok diharamkan di kawasan pantai. Sesiapa yang mahu merokok mesti melakukannya di kawasan merokok, bukan di pantai,” kata Bannarak Sermthong, pengarah Jabatan Marin dan Pantai Negara (DMCR).

Mereka yang gagal mematuhi larangan ini akan didenda 100,000 baht (RM 12,000++) atau hukuman penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali.

Walaubagaimanapun, pesalah akan diberikan amaran semasa peringkat awal melaksanakan larangan itu, menurut Bannarak.

Berikut adalah pantai yang terlibat di dalam kawasan larangan merokok.

  1. Patong Beach, Phuket
  2. Bo Phut Beach, Koh Samui
  3. Phra Ae Beach, Krabi
  4. Khlong Dao Beach, Krabi
  5. Khok Wang Beach, Krabi
  6. Wasukree Beach, Pattani
  7. Hua Hin Beach, Prachuap Khiri Khan
  8. Khao Takiab Beach, Prachuap Khiri Khan
  9. Ban Cheun Beach, Trat
  10. Laem Sade Beach, Chanthaburi
  11. Saeng Chan Beach, Rayong
  12. Bang Kaen Beach, Chon Buri
  13. Tham Pang Beach, Chon Buri
  14. Sai Kaeo Beach, Chon Buri
  15. Dong Tan Beach, Chon Buri
  16. Cha-am Beach, Phetchaburi
  17. Hat Said Res Beach, Champhon
  18. Chalok Ban Kao Beach, Ko Phangan, Surat Thani
  19. Plai Sai Beach, Nakhon Si Thammarat
  20. Chalatat Beach, Songkhla
  21. Ko Kai Nok Beach, Phang-nga
  22. Ko Kai Nai Beach, Phang-nga
  23. Khao Lak Beach, Phang-nga
  24. Hat Samran Beach, Trang

Jadi kalau anda atau ada kenalan yang ingin berkunjung ke Thailand, pastikan anda atau mereka sudah sedia maklum mengenai larangan ini.