Lihat Top 5 Pantai Paling Cantik di Malaysia

Kita seharusnya bersyukur tinggal di Malaysia yang memiliki banyak pantai yang cantik dan menarik. Pulau-pulau di sekeliling semenanjung dan Sabah Sarawak merupakan harta yang tak ternilai untuk Malaysia.

Setiap tahun berjuta pelancong dari luar negara datang ke ke Malaysia semata-mata untuk menikmati pantai dan laut di negara kita. Jadi kalau anda rasa teringin untuk bercuti, tidak perlulah untuk ke luar negara. Terlalu banyak pilihan pulau dan pantai tercantik yang ada di Malaysia.

BACA: How To Get To Tioman Island?

Kalau anda tak tahu destinasi mana yang harus dituju, di sini kami kongsikan 5 pantai dan pulau tercantik di Malaysia.

 

1. Pantai Juara Pulau Tioman, Pahang

Tahukah anda, pantai Kg. Juara Pulau Tioman ini pernah tersenarai daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. Kg Juara merupakan satu-satunya kampung yang berada di belakang Pulau Tioman dimana semua kampung lain menghadap tanah besar semenanjung tetapi Kampung Juara menghadap Sarawak.

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di Rompin, Pahang, Malaysia. Ianya terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Instagram: @saidatulazima

Untuk pergi ke Tioman, anda boleh menaiki feri dari Mersing, Johor ataupun dari Tg. Gemok, Pahang dengan harga tambang feri RM35 seorang untuk dewasa. Masa perjalanan adalah 45 minit.

Lihat top 5 Chalet Murah Tioman 2018 jika anda mahu ke Pulau Tioman.

 

2. Pantai Pulau Mabul, Sabah

Pulau Mabul memang terkenal sebagai salah satu pulau yang sangat cantik di Sabah. Jadi tidak hairanlah jika ia tersenarai sebagai pulau tercantik di Malaysia.

 

Pantai di Pulau Mabul mempunyai pasir yang putih mengelilingi persisiran pantai serta lautnya yang jernih dan bebas dari kotoran membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya. Pasti anda tidak akan pernah merasa menyesal jika anda datang ke Pulau ini.

3. Pantai Panjang (Long Beach) Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

Long beach di Perhentian Kecil ini merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan masih lagi dipelihara alam semula jadinya. Pasirnya yang putih dan halus ditambah lagi dengan kawasannya yang luas dan panjang menjadikannya ‘port’ yang sangat menarik untuk lepak sama ada waktu siang mahupun malam.

Bot tidak dibenarkan menghampiri kawasan pantai ini kerana terumbu kawang yang wujud di kawasan air cetek. Satu pengalaman yang pasti anda tak akan lupakan adalah apabila waktu petang anda dapat menyaksikan ‘sunset’ di pantai ini.

Jika anda mahu ke Pulau Perhentian Kecil ini, anda bolehlah membaca Tips dan Cara Pergi Ke Pulau Perhentian.

4. Pantai Pulau Manukan, Sabah

Foto: pojiegraphy.com

Pulau Manukan merupakan sebuah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini memiliki beberapa kawasan pantai yang terbentang cantik di kawasan pantai selatan.

Pantai yang paling cantik dan terbaik adalah berada di kawasan hujung timur di pulau itu. Pulau Manukan mempunyai terumbu karang yang sangat cantik di luar pesisir pantai dan selalu menjadi tumpuan para penyelam.

Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.

5. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi

Jika anda mahukan percutian ekspres, pantai ini sangat sesuai dimana anda boleh dapatkan direct flight dari KL terus ke Langkawi. Pantai Tanjung Rhu ini sangat sesuai buat mereka yang mencari ketenangan, pantai ini tidak mempunyai banyak pengunjung seperti Pantai Cenang.

Pantai Tanjung Rhu mempunyai pasir yang sangat halus dan bersih serta air yang jelas seperti kristal membuatkan ramai  orang akan mengagumi kecantikan pantai ini.