Kereta Terbabas Rempuh Pam Minyak, Pemandu Meninggal Akibat Serangan Jantung

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana satu insiden melibatkan rempuhan di pam minyak Shell Taman Teluk Gedang Indah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @chongykush, kelihatan sebuah kenderaan merempuh pam minyak serta sebuah motosikal yang kebetulan sedang mengisi minyak di situ.

Apa yang lebih menyayat hati adalah berlaku satu kemalangan jiwa yang melibatkan lelaki warga emas yang juga pemandu kenderaan tersebut.

Difahamkan, warga emas itu mengalami serangan jantung secara tiba-tiba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian malah rempuhan yang berlaku itu juga dipercayai akibat hilang kawalan sewaktu terkena serangan jantung.

Video yang tular di laman TikTok:

@chongykush Kejadian di shell taman teluk gedung indah #shell #eksiden #portklang #rip ♬ original sound – Mohd Ezwan Shah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 370.3K tontonan, 9112 tanda suka, 676 komen dan 2013 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menzahirkan ucapan salam takziah kepada keluarga warga emas terbabit.

Mereka juga sempat menitipkan pesanan supaya menjaga kesihatan dan memandu dengan berhati-hati kerana kemalangan itu tidak pernah mengira masa.

Berikut merupakan komen warga maya :

“salam takziah.. semoga dipermudahkan segalanya”

“nasib tak meletup”

“kesian semua yang terlibat dalam kemalangan,harap rider tak apa2”


“malang tak berbau.. nampak uncle tu tak sedarkan diri”