“Tarian singa ke?” Gelagat ‘Perang Kuali’ Dua Jiran Ini Buat Netizen Terhibur

Hidup berjiran membawa penuh kebaikan sekiranya saling menerapkan nilai-nilai murni yang baik antara satu sama lain.

Tidak kira kehidupan di bandar mahupun di kampung, pastinya akan ada permasalahan yang wujud ekoran sikap jiran yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.

Isu yang paling ‘famous’ adalah jiran bising pada waktu yang tidak sepatutnya sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekeliling.

Memang banyak ragam jiran yang tidak menyenangkan hati seperti bermain mercun dan membuka lagu dengan kuat. Namun, apabila ditegur makin menjadi-jadi pula bisingnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berperang kuali dengan jirannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat baik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lukes_rusli, kelihatan dia sedang sibuk memasak di dapur sambil mengetuk-ngetuk kuali.

Namun tanpa disangka-sangka, tiba-tiba dia terdengar bunyi yang lebih kuat. Rupa-rupanya bunyi itu daripada jirannya yang seolah-olah marah kerana dia membuat bising.

Lelaki ini sempat berseloroh mengatakan samaada jirannya itu memasak ataupun membuat tarian singa kerana bunyinya yang amat kuat.

Video yang tular di laman TikTok:

@lukes_rusli Dia marah aku ke ? 😅🤣. Kalau #fyp kasi tahu yea #kaklongkosmetik #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypシ #foryoupage #fypdonggg #viral #2022 #fy ♬ original sound – lukes_rusli

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 332.0K tontonan, 54.4K tanda suka, 575 komen dan 668 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatah jirannya yang seakan membalas dendam dek kerana bunyi bising yang dibuat oleh lelaki ini.

“Sama la macam jiran aku. Pantang aku buat suara kuat sikit, dia lagi nak kuat dan dan la nak mengetuk la nak seret ubah itu ini” – Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang sempat bergurau mengatakan jirannya itu mungkin perempuan kerana perempuan takkan boleh kalah.

Antara komen daripada warga maya: