“Duduk atas perut, tekan dada,” Muka ‘Kawan’ Tiba-tiba Berubah, Kisah Gadis Ini Buat Ramai Meremang

Fenomena diganggu makhluk halus di saat baru berpindah ke tempat baru memang biasa kita dengar. Mungkin kerana rumah tersebut belum diberi pendinding.

Makhluk halus ini juga tidak mengira tempat mahupun masa untuk menganggu ketenteraman manusia. Pelbagai cara akan dibuatnya meskipun ketika seseorang sedang tidur!

Beberapa hari lepas, seorang gadis yang kini semakin popular namanya di seluruh media sosial kerana kisah-kisah seram yang diceritakannya diganggu lagi oleh makhlus halus.

Kali ini, gadis bernama Tya Kamal mendakwa dirinya telah diganggu selepas kepenatan membuat kek.

Menurut Tya, keletihannya itu bertambah kerana dia baru sahaja berpindah ke rumah baru pada hari yang sama.

Disebabkan terlalu penat, segala bahan-bahan dan alatan yang digunakan membuat kek terpaksa Tya tinggalkan. Tya juga sempat meminta tolong rakannya untuk mengemas namun lain pula jadinya selepas itu!

Selepas rakan Tya berjanji ingin menolongnya, Tya masuk ke bilik tidur dan menguncinya serta merta oleh kerana inginkan privacy.

Sedang Tya ingin melelapkan mata, dia ternampak bayang seakan-akan rakannya tadi di penjuru bilik.

Bingung dengan kejadian yang berlaku, Tya terus mengajukan beberapa soalan kepada ‘rakannya’ itu tadi. Entiti yang menyerupai rakan Tya tersebut hanya diam dan menunduk.

Tak lama kemudian ketika Tya ingin bangun dari katilnya, badannya kaku dan tidak mampu untuk bergerak! Makhluk tadi juga semakin mendekat menonjolkan dirinya yang sebenar!

Tya terkejut kerana muka rakannya tadi perlahan-lahan berubah! Bukan itu sahaja, makhluk tersebut juga sempat bertinggung di perut sambil menekan dada gadis tersebut!

Tya cuba membaca kalimah suci namun cubaannya gagal.

Kini, video tersebut telah tular dengan jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta dan 115 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@tiyakamal2 Mana Boleh aku sorg ja tak Boleh tidur 🥲#foryoupage #fyp #fypシ #tiktok ♬ original sound – LuckyBoy

Menjengah ke ruangan komen, ada di antara netizen yang menyarankan Tya pergi berubat. Selain itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama, diganggu dengan makhluk halus. Namun rata-ratanya turut seram mendengar cerita yang disampaikan Tya.

Antara komen-komen di TikTok

“aku tengok pagi 7:00 tetap meremang 😭🤣”

“mija bru nk bismillah bkk buku , rasanye ni hint utk tutup buku”


“xcuba dtg p. darussyifa trdekat ke? mtk tlg buat solat hjat naikkn rumh bru dduk.”