“Teruk kena bahan” Isteri Jumpa Barang & Surat ‘Cinta Monyet’ Suami, Habis Kena Bakar

Ramai daripada kita yang tak terlepas daripada fasa ‘cinta monyet’ bukan? hubungan percintaan pada umur yang sangat muda dan hanya memikir keseronokkan tanpa ada niat atau usaha menghalalkan. Biasanya cinta monyet ini dilalui oleh remaja kurang 17 tahun.

Cinta monyet ini juga sebenarnya menggambarkan hubungan cinta yang pada dasarnya masih mentah atau belum sepenuhnya matang, contohnya seperti mudah emosi, kadang cinta kadang tidak, cinta yang tidak terbalas dan banyak lagi.

Sudah tentu dalam fasa ini, ada yang berbagi-bagi hadiah bahkan surat-surat yang dipenuhi dengan bait-bait cinta yang mampu mencairkan hati seseorang. Pun begitu, bagaimana pula kalau sudah tidak suka atau putus di tengah jalan? Sudah pasti hadiah yang diberi itu dipulangkan semula sebagai tanda benci dan tidak mahu ada hubungan lagi dengan seseorang.

Kalau ingat balik zaman itu, pasti ada yang mempunyai cerita kelakar masing-masing.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana isteri kepada lelaki ini menemui sebuah kotak yang berisi barangan yang pernah diberikan oleh lelaki ini kepada bekas kekasihnya dahulu.

Difahamkan, bekas kekasihnya memulangkan semula barangan tersebut dan lelaki ini terlupa untuk membuang barangan itu dan akhirnya dijumpai oleh isterinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @repeeace, dia dilihat teruk dibahan oleh isteri apabila surat-surat yang diberikan pada bekas kekasih pada satu ketika dulu dibaca.

“Teruk kena bahan. cinta monyet dulu kot. yang pasti mmg kena bakar la semua tu” katanya di ruangan kapsyen.

Meninjau satu lagi video lain, dapat kita lihat dia membakar segala barangan tersebut sebagai tanda dia telah melupakan kenangannya bersama bekas kekasihnya bahkan sempat menyifatkan bahawa cintanya kini hanya untuk isterinya sahaja.

Adoiii memang berdekah dengar isteri dia baca kata-kata cinta yang dia tulis untuk ex-girlfriend siap ada rindu umpama ombak yang tak berhenti lagi tau!

Video yang tular di laman TikTok:

@repeeace Teruk kena bahan. cinta monyet dulu kot. yang pasti mmg kena bakar la semua tu. 🤣🤣 #kantoi #kenabahanteruk #malu ♬ Oh No – Kreepa

@repeeace Reply to @sya_agustika ♬ Kantoi – Album Version – Zee Avi

@repeeace Reply to @fikrisaleh92 petang tu juga kasi clean. #kitabeliberas #takkanNakTidurLuar #PandaiCover ♬ original sound – repeeace

@repeeace Reply to @melaticomel_eun ♬ original sound – repeeace

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 288.1K tontonan, 11.5K tanda suka, 1238 komen dan 433 perkongsian di applikasi TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatah isterinya yang sakan membahan si suami yang terlupa untk membuang barangan tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya: