Tersalah Tengok Tarikh Kenduri Kahwin, Gadis Tebalkan Muka Terpaksa Makan Di Majlis Orang Lain

Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman atau pernah mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lupakan seumur hidupnya.

Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang pengalaman pahit itu boleh berubah menjadi pengalaman manis yang akan kita kenang sehingga ke akhir usia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang tersalah masuk kenduri orang lain yang disangkakan kenduri kawannya mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @waraaaaaah, kelihatan dia dan pasangan sudah tiba di sebuah majlis perkahwinan namun apa yang membuatkannya bingung adalah tiada seorangpun tetamu yang dia kenal.

Dia kemudian bertanyakan pada rakannya melalui whatsaapp samaada dia berada di majlis yang betul atau tidak namun rupa-rupanya mereka hadir majlis orang lain.

Apa yang lebih lucu adalah, dewan yang mereka hadiri pada ketkaitu adalah dewan yang betul cuma majlis kawannya sudahpun berlangsung sehari sebelum kejadian.

Menyedari mereka berada dalam majlis yang salah, pasangan terbabit bertindak untuk terus menjamah hidangan yang disediakan tuan rumah.

Video yang tular di laman TikTok:

@waraaaaaahDia suka ajar bukan bukan 😭

♬ original sound – wara || vevashe.s

Bagaimana pun, tindakan pasangan ini makan di majlis orang lain nyata membuatkan para netizen berasa kurang senang. Hal ini kerana, netizen merasakan makanan yang mereka makan akan menjadi haram jika tuan rumah tidak halalkan.

Pun begitu, pasangan terbabit tampil menjelaskan mereka telahpun memaklumkan keberadaan mereka kepada pasangan pengantin di majlis berkenaan dan semuanya terkawal.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 391.5K tontonan, 28.8K tanda suka, 207 komen dan 291 perkongsian di applikasi TikTok.

Antara komen warga netizen: