Kaki Tak Boleh Bergerak Selepas Bersenam, Netizen Risau Wanita Ini Menghidap Rhabdomyolysis

Untuk mendapatkan badan yang ‘cantik’, kita bukan sahaja perlu makan makanan yang sihat malah work out juga perlu dilakukan demi mendapat bentuk badan yang diimpikan.

Ada yang cuma workout di rumah sahaja malah ada juga yang pergi ke Gim kerana disana mempunyai peralatan yang cukup bahkan di Gim juga mempunyai ‘coach’ yang akan membantu kita.

Pun begitu, tidak dinafikan ‘leg days’ merupakan part paling mencabar kerana ianya boleh menyebabkan kita lenguh di bahagian kaki dan sukar untuk berjalan dengan betul.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sukar untuk berjalan selepas pergi ke gim untuk bersenam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat wanita itu dipapah oleh rakan-rakannnya kerana dia tidak mampu untuk melangkah dan berjalan selepas bersenam.

Dapat juga kita lihat dia yang mencuba untuk berdiri tiba-tiba terjatuh sendiri kerana berasa sakit dan dia juga menganggap mungkin ini disebabkan tisu otot terkoyak.

Pun begitu, difahamkan selepas daripada kejadian itu, dia tidak dapat menggerakkan kakinya dan menyifatkan ianya merupakan cramp yang luar biasa sehingga membuatkannya demam.

Video yang tular di laman TikTok:

@clayncreations my legs shut down. LEMAHHH #cycling #fitnessgonewrong ♬ Originalton – POV’s

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 320.7K tontonan, 23.9K tanda suka, 383 komen dan 902 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen risau dengan keadaan wanita tersebut yang tidak dapat menggerakkan kakinya sehingga demam gara-gara bersenam.

Dalam masa yang sama, para netizen juga meminta wanita ini untuk pergi ke hospital kerana segelintir daripada netizen mempunyai pengalaman yang sama sehingga menyebabkan rhabdomyolysis dan kegagalan buah pinggang.

Sekadar info, Rhabdomyolysis merupakan salah satu sindrom serius yang diakibatkan oleh kecederaan sel sel otot secara langsung atau tidak langsung. Hal ini disebabkan oleh kematian otot dan keluarnya isi dari serat otot, iaitu mioglobin, ke dalam aliran darah. Penyakit ini dapat mengakibatkan komplikasi serius seperti kegagalan ginjal dan banyak lagi.