“termasuk pakej cuci ngan pemandu ker?” – Tukang Cuci Kereta ‘Terbasuh’ Owner Kereta Sekali Undang Dekah Ramai

Servis mencuci kereta ialah kemudahan untuk membersihkan bahagian luar mahupun bahagian dalam kereta yang disediakan di kedai car wash.

Cuci kereta boleh dilakukan sendiri, namun disebabkan orang kita yang terlalu sibuk bekerja, lebih mudah untuk membayar servis ini di kedai berbanding buat sendiri di rumah.

Baru-baru ini tular di TikTok di mana seorang pemilik kereta tidak sengaja ‘dicuci’ sekali oleh tukang pencuci kereta!

Pekerja di sebuah car wash itu dilihat asyik menyembur buih pada kereta pelanggannya yang berwarna merah tanpa menyedari si pemilik kereta sudah kebasahan di dalam kereta!

Belum sempat si pemilik kereta berkata sesuatu kepada lelaki tersebut, dia telah ‘dicuci’ dahulu. Malah dia juga tidak sempat menutup tingkap keretanya.

Mungkin kerana pekerja berkenaan menganggap itu hanyalah pantulan daripada tinted kereta membuatkannya rasa serba salah lalu meminta maaf kepada pemilik kereta ini.

Menerusi video yang dikongsi, muka pemilik kereta yang menjadi mangsa itu dilihat penuh dengan buih sabun! Dia turut menyapu mukanya dengan tangan untuk menghilangkan buih.

Video yang dimuat naik oleh @ztaipan ini telah berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 3.6 juta serta mendapat 170.5 ribu tanda suka hanya dalam masa sehari!

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat situasi tersebut! Malah mereka turut mempersoalkan mengapa lelaki tersebut tidak menutup tingkap kereta.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“termasuk pakej cuci ngan pemandu ker?”

“mula2 x perasan,lepas nampak mamat tu gosok buih kt muka dia tu baru perasan tingkap dia x tutup rupanya 😂😂😂”


“Bru je sedey tgk tt psal anggota tumbang time kawad tetibe lalu tt n…adoiiii🤣🤣🤣 tersedut balik air mata…hahaha”

“mmg dia piker cermin tinted sbb gelap 🤣🤣🤣🤣”

“Tak baik ketawakan orang.. hahhaha memang lawak hehe alahai naya kawan 😂😂 Maaf saya tak sengaja ketawa 😂😂”

“Xsempat nak cakap suruh cuci bagi bersih , dia dulu yang kena cuci hahahahaha 😂😂😂😂😂😂”

“Hahahaha taktau lah bang oii, sapa suruh bukak tgkap. Mmg la dia semboq jaaa skali dgn hg😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@ztaipan KAU PUN SATU BUKA CERMIN APAHAL🤣🤣🤣 #insanbiasa #insanberdosa#mdazproduction #musliminmuslimat #gelihati #gengsterbiskut ♬ original sound – ztaipan