Siap Berkain Batik, ‘Minah Saleh’ Gigih Potong Rumput & Basuh Karpet Demi Bantu Suami Melayu Alami Strok

Jika sekali imbas, tentunya kita sangka wanita ini merupakan wanita melayu asli, manakan tidak, pakaiannya yang tidak tumpah seperti orang melayu mengaburi mata ramai orang.

Namun siapa sangka dia merupakan minah saleh’ yang ternyata lebih tampak ‘keMelayuannya’ jika dibandingkan dengan kebanyakan generasi masa kini.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga diihat begitu bersahaja ketika menaiki motosikal dan datang ke setiap kediaman penduduk kampung untuk mengambil upah mencuci barangan seperti pakaian dan permaidani.

Difahamkan, ‘minah Salleh’ yang lebih mesra disapa Aunty Azizah ini berasal dari Amerika Syarikat (US) dan telah bernikah bersama seorang lelaki tempatan.

Bagaimana pun kini dia sedang menjaga suaminya yang dikatakan mengalami masalah angin ahmar atau disebut sebagai strok.


Oleh yang demikian, wanita cekal ini terpaksa memikul tanggungjawab mencari punca pendapatan buat keluarganya dengan mengambil upah seperti mencuci pakaian dari rumah ke rumah.

Tidak cukup dengan itu, terkadang Aunty Azizah juga memikul mesin rumput dan memotong rumput panjang di laman rumah penduduk kampung.

Menurut Norlaila lagi, Aunty Azizah pernah membantunya untuk mencuci pinggan dalam tempoh sekejap sahaja. Hal ini kerana wanita tersebut tidak mampu berdiri dalam jangka masa lama disebabkan pehanya yang pernah patah akibat kemalangan.

“Hari tu dia pernah tolong Akak cuci pinggan sekejap .. tapi dia tak larat berdiri lama… sebab pahanya hari tu patah accident..”
Apa yang lebih membuatkan ramai kagum adalah Aunty Azizah dikatakan sering menjadi orang pertama.mendirikan solat selepas sahaja laungan azan. Memang salute dengan sikap aunty azizah ni!

“Yang paling Akak respect…biasanya dia orang pertama akan solat bila dah habis azan …mesti laju2 dia yang dulu…”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap wanita ini malah ada juga wanita melayu yang hairan bagaimana dia boleh memakai kain batik dengan begitu mudah sedangkan yang original melayu pun boleh terlucut kain!

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendoakan agar ‘iron women’ ini dimurahkan rezeki sentiasa.

Antara komen warga maya:

“serius aaa lagi terer dia pakai kain batik, saya sendiri pun tak pandai pakai kain batik”

“didikan agama yang kuat dari suami untuk isteri mualaf..”


“aritu saya nampak dia mesin rumput.. terpegun..”

Perkongsian yang tular di laman Facebook: