Pasangan Lelaki Batal Majlis Nikah 3 Hari Sebelum Gara-Gara Enggan Kahwin, Gadis Luah Rasa Kecewa

Wanita mana yang inginkan perkahwinannya dibatalkan di saat-saat akhir? Pasti tiada siapa. Bayangkan segala persiapan telah dibuat namun pasangan lelaki pula berubah hati.

Namun apakan daya, sudah takdirnya begitu. Walaupun sakit, terpaksalah tabah dan sabar dalam menghadapi ujian sedemikian.  Yakinlah akan ada ganjaran di sebalik perit.

Begitulah ujian berat yang terpaksa ditanggung seorang bakal pengantin tidak lama lagi namun pernikahannya dibatalkan tiga hari sebelum berlangsungnya majlis.

Kekecewaan gadis itu dikongsikan sendiri olehnya di TikTok. Menurut gadis bernama Ain, alasan yang diberikan oleh pasangan lelaki adalah kerana enggan berkahwin.

Yang lebih menyakitkan Ain, keluarga pihak lelaki langsung tidak tahu tentang majlis tersebut dan segala persiapan hanya dilakukan oleh pihak perempuan sahaja.

“Sebenarnya kitaorang dah buat semua borang deal dengan baba Ain sekali. Then lulus akad nikah 24 Julai, kenduri pun Ain dah setup. Tiba-tiba hari ini Ude (bakal suami) cakap cancel. Ude tak nak kahwin.” tulisnya.

Ain turut berkongsikan gambar check-list persiapan hari bahagianya itu. Dia dilihat sudah pun menempah perkhidmatan daripada jurusolek, pengukir inai dan jurugambar.

Namun segalanya terpaksa dibatalkan pada saat akhir dan segala perbelanjaan nikah yang rugi terpaksa ditanggung oleh Ain sendiri termasuklah pakaian nikah pasangannya.

Jurugambar yang ditugaskan untuk mengabdikan memori hari bahagia itu juga memulangkan semula separuh daripada duit yang dibayar.


Ain turut menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan pasangannya yang membatalkan majlis di saat akhir.

Padanya, lebih baik lelaki itu berterus terang pada awal-awal jika betul masih belum bersedia untuk berkahwin sebelum segala persiapan sudah hampir siap.

“Bagi Ain, kalau dan tak nak teruskan, boleh bagitahu elok-elok dan awal awal lagi. Call parents kita cakap tak boleh teruskan. Sakit masa awal tu tak sesakit time semua dan settle.” kata Ain.

Bagaimanapun, Ain reda dengan segala ketentuanNya dan telah mengambil cincin tunang dan nikah sebagai ganti rugi.

Ain turut menyatakan jika terkurang ataupun terlebih dia halalkan dan berharap pihak di sana juga begitu.