‘Terjerat’ Hutang Pinjaman Iphone Selama 3 Tahun, Penyewa Dedah Punca Gagal Bayar Sewa Rumah

Apabila bercakap tentang telefon pintar, ramai yang berhasrat untuk memiliki dan mengguna Apple Iphone malah ramai yang sanggup mengumpul duit demi membeli telefon tersebut walaupun pada harga yang ‘premium’.

Seperti yang kita tahu, Apple menawarkan bayaran secara bulanan kepada semua pembeli malah kini beberapa syarikat telekomunikasi dalam dan luar negara turut menawarkan pelan bulanan secara kontrak buat para pengguna.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook berkongsi tentang kenalannya yang ‘terjerat’ dengan hutang demi memiliki Apple Iphone.

Menerusi perkongsian Amirul Shafiq, difahamkan penyewanya berhutang sehingga 36 bulan bersamaan 3 tahun semata-mata untuk memiliki Apple iPhone 13 256GB sehinggakan gagal melangsaikan sewa bulanan rumah.


Lebih membimbangkan, beliau mulai menyediri dirinya baru sahaja membayar ansuran selama 2 bulan atau dalam kata lain, 34 bulan baki pinjaman masih perlu dilunaskan mengikut tempoh.

“Penyewa saya.. semalam dia nak jumpa, saya luangkan masa 5 minit, Katanya dah terlajak perahu.. nasi dah jadi bubur (mungkin?) dia rasa terbeban dengan loan ni”

“Mulanya dia tunjuk surat saya fikir loan motorsikal, baca punya baca, loan telefon buah epal. Katanya macam tak berbaloi bila kira-kira balik. Baru 2 bulan.. masih berbaki 34 bulan lagi.. bersamaan 2 tahun 10 bulan lagi..”

“Entah, apa yang ada dalam fikiran dia masa mula2 terfikir nak buat loan ni.. kalau dia jumpa saya dulu, confirm saya cakap tak payah.. syarikat tu bukan jual telefon.. mereka jual gaya hidup.. dan gata hidup yang ada ‘status’ selalunya tak murah” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyarankan agar menggunakan telefon dengan harga yang lebih rendah dan tidaklah sehingga berhutang semata-mata untuk tampil ‘bergaya’.

Bukan itu sahaja, netizen juga menasihatkan agar cuma mendapatkan iPhone secara ansuran sekiranya ditawarkan tanpa faedah dan mampu sahaja.

Antara komen warga maya:

“pengaruh gaya hidup di media sosial.. biar bergaya walau kedana”

“aku mampu beli pun aku fikir banyak kali apa benefit hp tu untuk aku.. ”


“nak pakai iphone dengan kredit ok je.. tapi pastikan takde interest.. ”


Perkongsian yang tular di Facebook: