“Bayar guna jam je” Sudah Rasmi Boleh Digunakan, Pengguna Iphone Bangga ‘Flex’ Apple Pay Di Media Sosial

Seperti yang kita tahu, Apple kini secara rasminya telah mengaktifkan ciri Apple Pay untuk pengguna di Malaysia san ianya nyata membuatkan ramai yang teruja dan kagum dengan kecanggihan pada masa kini.

Susulan khabar tersebut, kini di media sosial ramai pengguna Apple di Malaysia ‘flex’ penggunaan Apple Pay dan berkongsi pengalaman mereka menggunakan ciri Apple Pay tersebut.

Menerusi pelbagai perkongsian yang tular di sosial media, rata-rata akui ianya sangat memudahkan pengguna untuk membuat bayaran serta tidak perlu bimbang sekiranya kad bank tertinggal di rumah.


Sekadar Info, anda boleh membuat pembayaran menggunakan Apple Pay pada mana-mana terminal yang menyokong teknologi NFC. Maka, tiada masalah untuk digunakan pada mana-mana kedai selagi mempunyai logo paywave walaupun tidak dinyatakan terdapat sokongan Apple Pay.

Video yang tular di serata media sosial:

@iman_monteiro Saya ada upload tutorial untuk apply Wise Debit card untuk enable Apple Pay di Malaysia. #applepay #malaysia #applepaymalaysia #fyp ♬ original sound – Shahriman Ariffin Monteiro

@syafiee_ariffin Yeay dah boleh guna Apple Pay di Malaysia. Pakai Apple Watch je nak beli air kat vending machine 😁 #applepay #applepaymalaysia #applewatch #applemalaysia #iphone #iphonemalaysia ♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss

@notyourpakcik Apple Pay dah dekat Malaysia gaissss !!!! Laju gila payment dia ! Bagilah set2 ipong darakk metaa hahahaha #applepaymalaysia #maybankapplepay #maybank #fyp ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen yang menggunakan Iphone teruja dengan kemudahan yang ada ini. Pun begitu, ramai pengguna Samsung mengatakan bahawa mereka sudah lama menggunakan cara tersebut dek kerana Samsung telah pun memperkenalkan kemudahan tersebut lebih awal.

Antara komen warga maya:

“pastikan ada duit ye geng.. jangan masa nak bayar tup2 tak boleh.. tak pasal2 viral”

“tadi masuk kerja terus cuba untuk pembayaran guna apple pay, jakun sekejap.. sebelum ni tengok member nganjing guna samsung pay”