Pelakon yang popular dengan filem Paskal, Ammar Alfian dan isteri, Nelissa Nezam telah sah bercerai secara tebus talak pada Rabu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ammar memberitahu isterinya telah membayar RM7,000 sebagai nilai bayaran iwad kepada Ammar.

“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7,000.

“Comel tak peguam saya. Finally the truth is out. She may had the world fooled plotting with the media to go against me but the truth will always prevail.

“Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. What u did to my mom & dad I will never forgive u. Justice has been served.”

Malah, dalam pada itu, Ammar seakan-akan memberikan bayangan bahawa kebenaran yang berlaku dalam kemelut rumah tangganya bakal terbongkar tidak lama lagi.

“Akhirnya kebenaran terbongkar. Dia mungkin punyai kelebihan memperdaya media hingga menentang saya namun kebenaran akan pasti terjawab.

“Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia.

“Apa yang dah dia lakukan terhadap ibu dan ayah saya tidak akan saya maafkan. Justice has been served,” tambahnya.

Terdahulu, Nelissa telah membuat tuntutan cerai sejak Januari di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur lalu namun telah ditolak Ammar pada Julai.

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Namun begitu, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.


Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.