Terakam ‘Sesuatu’ Atas Bumbung Kereta, Sosok Wanita Berambut Panjang & Berbaju Putih Buat Netizen Seram

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan. Namun ada kalanya, ia hanya memberikan ‘hint’ sahaja untuk memberitahu kepada manusia bahawa dia ada disekeliling kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini terakam ‘sosok’ berambut panjang dan berpakaian putih di atas sebuah kereta yang dipandu laju di jalan raya mencuri perhatian ramai.

“Kejadian pada Isnin, 4 Julai di wilayah Sukabumi Geopark,” kata pengguna Instagram itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instgram @undercover.id, dapat kita lihat ada satu sosok berambut panjang dan berbaju putih.


Pun begitu, sehingga kini tiada video susulan dan tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang berada di atas kereta tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut seram melihat sosok tersebut malah meninggalkan pelbagai reaksi.

Ada juga netizen yang berselorohmungkin ‘hantu’ tersebut penat terbang dan akhirnya menumpang kenderaan yang lalu di jalan tersebut.

Antara komen warga maya:

“Penat agaknya terbang..makanya tumpang kereta”

“Bahayanya, kalau jatuh macam mana?”


“Cik kunti nak healing dulu”

“Saya selalu balik malam dari arah geopark”

Video yang tular di laman Instagram: