Bengang Kereta Ditendang Bekali-Kali, Lelaki ‘Naik Hantu’ Tampar & Lambung Wanita Di Tepi Jalan

Siapa tak ‘naik hantu’ jika kereta yang dibeli ditendang dan dirosakkan oleh orang lain bukan? manakan tidak, harga kereta pada masa kini bukanlah murah malah perlu berhempas pulas mengumpul duit demi memiliki kereta idaman.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dikatakan tidak dapat menahan marahnya dan menampar seorang wanita kerana telah merosakkan keretanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Esy Man menerusi group DashCam Owners Malaysia, kelihatan lelaki itu di dalam kereta manakala wanita berkenaan pula di tepi jalan dan kejadian dipercayai berlaku di Singapura.

Dapat kita lihat, pada awalnya perempuan tersebut dilihat memaki hamun lelaki itu. Masih tidak berpuas hati, dia juga dilihat menendang sisi tepi kereta dipercayai jenis Toyota Vellfire itu ketika pemandu mahu memulakan perjalanan.

Lelaki itu bagaimanapun gagal menahan amarahya dan akhirnya keluar daripada kereta untuk ‘mengajar’ wanita itu. Dia melulu ke arah wanita berkenaan dan menamparnya serta sempat bergaduh mulut antara satu sama lain.


Masih tidak mahu mengalah, wanita tersebut menendang cermin sisi kereta sekaligus pemandu itu terus menarik wanita terbabit sehingga terpelanting jauh di atas jalan sebelum selamat beredar dari tempat kejadian.

Di penghujung videotersebut, dapat juga kita lihat wanita biadap itu sempat bangun dan menendang cermin sisi sekali lagi sehingga terkepak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpuas hati melihat wanita tersebut ditampar dek kerana sikapnya yang begitu biadap.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan mungkin wanita tersebut terpengaruh dengan filem Mat Kilau hasil arahan Syamsul Yusof baru-baru ini.

Antara komen warga maya:
“goodjob uncle”

“ni kalau jadi kat Malaysia… lelaki tak boleh pukul permpuan, muda tak boleh pukul tua, hormat insan yang lemah”


“lepas menonton mat kilau”

“padu.. puas hati dapat lambung tu”


Video yang tular di laman TikTok: