Selamba Memotong Double Line Depan Polis, Netizen Puas Hati Kancil Kena Tahan

Sikap pemandu yang tidak berhemah di atas jalan raya sememangnya banyak mengundang padah bahkan rata-rata kemalangan disebabkan oleh pemandu yang tergopoh gapah dan melanggar peraturan jalan raya.

Seperti yang kita tau, pengguna jalan raya dilarang memotong di selekoh garisan berkembar kerana ianya meningkatkan risiko kemalangan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kereta jenama perodua kancil yang hampir kemalangan kerana memotong di garisan mengundang kecaman ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, kelihatan kereta kancil putih memotong barisan dengan menggunakan lorong bertentangan.

Semasa pemandunya memecut, sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan telah menyalakan highbeam sebagai peringatan atas kesalahan yang dilakukannya.

Walaupun dia ‘lepas’ daripada memotong barisan, namun siapa sangka dia tidak ‘terlepas’ daripada pandangan pihak polis.

Ketika memotong, dia turut berselisih dengan seorang anggota polis bermotosikal yang lalu bersebelahan dengannya dan dapat kita lihat dia sempat menoleh ke belakang melihat aksi berbahaya yang dilakukan oleh pemandu tersebut.

Dengan pantas polis tersebut memperlahankan motorsikal sekaligus terus membuat pusingan U dan mengejar kereta Kancil terbabit.

Dihujung video tersebut, dapat kita lihat pemandu kancil itu berjaya ditahan pihak polis dan dikenakan tindakan atas sikap pemanduan yang tidak berhemah itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpuas hati melihat pemandu tersebut ditahan oleh pihak polis. Manakan tidak, selamba je potong barisan di garis berkembar. Mujur tidak bertembung dengan kereta proton Saga yang lalu di arah bertentangan.

Bukan itu sahaja, netizen juga berang dengan sikap pemandu kancil tersebut dan berharap agar orang ramai lebih berhemah di atas jalan raya demi keselamatan diri dan orang lain.

Antara komen warga maya:

“dah selalu orang terkena scam kat parking kereta.. langgar doube line pun nak harap polis tak nampak ke.. silap la”

“satu kepuasan bila tengok situasi nih.. bravo abam polis!!”


“sepandai2 kancil melompat, jatuh jua ke tangan polis”

“bagus.. dah lama dah geram dengan kancil ni, asyik kena scam je masa nak parking”

Video yang tular di laman Facebook: