Lelaki berusia 30 tahun berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu ditahan di Teluk Kumbar dekat sini pukul 12.15 tengah hari ini selepas polis menerima aduan daripada mangsa petang semalam.

https://www.facebook.com/BeritaLamanSosial/videos/pcb.2576650109227381/1899328386810982/?type=3&theater

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A. Anbalagan berkata, dalam kejadian pukul 6.50 petang semalam, mangsa diekori oleh lelaki terbabit yang membunyikan hon beberapa kali sebelum dia bertindak memukul cermin sisi kereta mangsa.

“Tiba di lokasi kejadian, suspek berhenti di hadapan kereta mangsa dan menendang kereta yang dinaiki mangsa bersama isteri dan anaknya sambil memarahi mangsa sebelum merampas dua unit telefon bimbit milik isteri mangsa.”

Semalam, video berdurasi 50 saat yang mempamerkan kejadian berkenaan, tular di laman sosial.

Sementara itu, seorang wanita dikenali Nana Tan berkongsi pengalaman mencemaskan itu di laman Facebook miliknya dengan menjelaskan kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli-belah.

Ketika kejadian, katanya, suaminya memandu kereta secara perlahan, selain turut membawa dua anak mereka sebelum kenderaan mereka dipintas oleh suspek.

“Lelaki itu kemudian menarik rambut isteri mangsa yang cuba mengambil semula telefon bimbitnya. Jari isteri mangsa juga tercedera akibat kejadian itu,”

Menurut A. Anbalagan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 427/323 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.