Seorang wanita berusia 44 tahun berdepan dengan detik cemas apabila dia diserang oleh pemandu Perodua Viva, lapor Sinchew Daily

Kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi hari Rabu ketika mangsa sedang memandu bersendirian sebelum terserempak dengan kereta lelaki itu.

Foto: Sinchew Daily

Suspek secara tiba-tiba memecut dan memotong kereta mangsa secara berbahaya di hadapan menyebabkan mangsa terkejut lalu membunyikan hon terhadap suspek.

Marah dengan bunyi hon itu, suspek dengan sengaja menghalang laluan kereta mangsa dari dengan memberhentikan keretanya dan memukul cermin depan kereta mangsa dan kembali ke keretanya untuk meneruskan perjalanan.

Mangsa yang terkejut melihat kejadian itu bertindak mengejar suspek dan terus membunyikan hon bertalu-talu agar suspek memberhentikan keretanya. Malangnya, suspek enggan melayani kemahuan mangsa.

Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, suspek berhenti dan keluar dari kereta. Kali ini, suspek membawa parang untuk memecahkan cermin kereta bahagian pemandu, terus membuka pintu kereta mangsa.

Bimbang dicederakan, mangsa segera melompat ke tempat duduk bersebelahan dan keluar dari kereta. Gagal mendapatkan mangsa, suspek hanya menjeling tajam sebelum masuk ke dalam kereta dan terus merempuh pintu kereta mangsa sehingga rosak.

今日在古晋市7哩圣淘沙红绿灯,一名路霸危险超车被女司机鸣笛而动怒,手持巴冷刀砸破车窗玻璃,还把女司机轿车车门撞坏再嚣张离去。巴达旺警区接获女司机投报,于今晚八时许逮捕男路霸归案查办!

Posted by Sin Chew Sarawak 砂拉越星洲日報 on Rabu, 26 September 2018

Setelah puas, suspek terus beredar meninggalkan mangsa yang merakam kejadian itu dengan telefon bimbitnya.

Mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan membuat laporan polis pada hari yang sama.

Polis telah berjaya menahan suspek berusia 29 tahun dari Kampung Lidah Tanah.