Apabila sebut tentang founder di Malaysia, pastinya kita terngiang kehidupan mereka yang serba selesa, memiliki rumah yang besar, memakai bag yang mahal, baju yang puluhan ribu bahkan mempunyai pelbagai kereta jutaan ringgit.

Malah ada yang tandas sahaja pun diperbuat daripada sofa yang empuk bagi lebih selesa membuang hajat.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana selaku pengasas Bawal Exclusive berkongsi satu video mengenai telekung beliau yang bernilai RM16,000.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @halizamaysuri, beliau memaklumkan telekung bernilai RM16,000 digunakan untuk berjumpa Allah sekaligus menghilangkan rasa bersalah memakai beg berharga belasan ribu untuk berjumpa rakan-rakan.


Susulan perkara tersebut, timbul pandangan di kalangan netizen yang menyifatkan perkara sebegitu sebaiknya tidak perlu dihebohkan.


Bukan itu sahaja, netizen juga beranggapan bahawa analogi yang digunakan adalah tidak tepat malah mencadangkan agar wang tersebut dibelanjakan bagi kegunaan para asnaf.


Antara komen warga maya:

“this is wrong analogy.. sebetulnya tak perlu bagitahu apa2 pun”

“saya bukan orang islam.. tapi saya percaya semua agama mengajar perkara yang sama.. iaitu tuhan tak tengok harga tinggi tapi hati yang tulus ikhlas”


“harga barang tak membuktikan nilai syurga itu.. tapi amalan yang kita lakukan untuk mencapai nikmat syurga itu sendiri”

“16K tu kalau di belinya telekung, kain pelikat, sejadaj dekat anak2 yatim, susah, surau rasanya lagi banyak berkat dapat”

Video yang tular di laman TikTok:

@halizamaysuriSemuanya Allah yang bagi 💚♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

Sekadar rekod, Haliza Maysuri selaku pengasas syarikat Bawal Exclusive sebelum ini pernah menjadi bualan netizen selepas berjaya menjual sebuah tudung bawal keluaran syarikatnya dengan harga mencecah RM33,000.

Memiliki jumlah peminat yang ramai membuatkan jenama ini kekal releven meskipun sudah mencecah 23 tahun penubuhan.