“Suruh CEO baca ni” Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Dedah Sebab Mengapa ‘Malas’ Naik KTM

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk orang ramai pergi ke kerja. Ada yang menggunakan kenderaan sendiri kerana enggan bersesak ataupun beratur untuk menaiki tren atau bas.

Bahkan ada juga yang memilih untuk menaiki kenderaan awam kerana tidak mahu menghadap ‘jammed’ ketika memandu.

Pun begitu, baru-baru ini timbul satu isu dimana Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin mengeluarkan satu kenyataan yang mencuri perhatian ramai terutamanya yang menggunakan pengangkutan awam.

“Pengangkutan awam seperti tren komuter antara pengangkutan yang jika digunakan secara maksimum mampu membantu mengurangkan kesesakan jalan-jalan di Lembah Klang.”

“Sikap pengguna yang enggan menggunakan pengangkutan awam itu turut memberi kesan kepada rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh,” ujarnya

Bagaimana pun, ianya mendapat reaksi yang kurang senang daripada netizen apabila mereka terpaksa menunggu masa yang sangat lama dan sering berlaku gangguan tidak berjadual pada waktu puncak sehingga menyebabkan perjalanan pengguna terganggu.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mengatakan bahawa jika hujan atau berlakunya banjir, operasi akan tergendala dan para pengguna perlu mencari alternatif lain.

Bahkan, kekerapan tren juga kurang dan menyebabkan pengguna perlu menunggu lama jika tertinggal tren sekaligus mengganggu masa sepatutnya berada di tempat kerja.

Menjawab permasalahan tersebut, Rani tampil memaklumkan bahawa isu itu boleh diselesaikan dalam masa lima tahun akan datang mengikut fasa yang sudah dirancang.

“Frekuensi akan ditambah baik dan dijangka bakal mencapai tujuh minit setiap satu tren yang datang ke stesen berbanding sekarang sekitar 30 ke 45 minit untuk ketibaan sebuah tren,” katanya.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular: