Lelaki Misteri Berkopiah Ketuk Pintu Kereta, Siap Pakai Gelang Emas & Tersengih Minta RM2 Buat Ramai Seram

‘Trend’ minta sedekah dengan mengetuk cermin kereta ini bukanlah satu isu yang baharu di negara kita mlah ada juga yang lebih teruk sehingga ingin membuka pintu kereta malah marah jika kita tidak menghulurkan sedikit wang kepada mereka.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kereta seorang wanita ini diketuk oleh lelaki yang tidak diknelai.

Difahamkan, dia memakai jubah, berkopiah dan menunjukkan syarat seperti meminta RM2 namun apa yang membuatkan wanita ini pelik adalah dia memakai gelang emas yang agak besar.

Memetik laporan mStar, Nurul Ain berkata, kejadian berlaku dekat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan pada pagi Selasa.

Wanita berusia 34 tahun itu memberitahu, ketika itu dia bersendirian kerana sedang menunggu ketibaan suaminya yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor.

“Ikut jadual penerbangan, suami sampai pukul 10.30 pagi. Saya datang awal ke lapangan terbang dan menunggu dekat tempat drop off pukul 10 pagi.”

“Kereta yang datang kejap-kejap drop orang. Saya je yang menunggu dalam kereta seorang diri kira-kira 30 minit.”

“Keadaan di situ tenang sehingga saya nampak seorang lelaki berjubah dan kopiah berwarna gelap datang dari arah hadapan menghala ke kereta saya,” katanya

Lebih mesra disapa Nurul, katanya dia tergerak hati untuk mengunci pintu keretanya sebaik melihat kehadiran lelaki misteri itu dari jauh.

“Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati apabila nampak lelaki itu berjubah dan berkopiah tapi pakai gelang emas. Pelik lelaki pakai gelang emas.”

“Kereta saya pula bukan auto lock. Apabila nampak lain macam tu, saya terus kunci kereta,” ujarnya yang berasal dari Wakaf Bharu di Tumpat.

“Cermin tingkap kereta saya tinted, jadi dari jauh nampak gelap. Kalau datang tinjau secara dekat baru nampak samar-samar jika ada orang di dalam.”

“Walaupun pintu berkunci dan cermin tingkap kereta ditutup, saya dapat lihat jelas wajahnya yang tersengih sambil beberapa kali menunjukkan dua jari macam nak minta RM2.”

“Selain gelang emas, saya nampak dia pakai beberapa cincin. Dia tak ada bercakap apa-apa, cuma sengih… itupun dah buat saya takut,” katanya sambil menambah pertama kali berdepan kejadian seumpama itu.

“Dalam keadaan takut dan panik tu, saya hanya sempat berfikir untuk tekan hon. Baru hon sekali, lelaki tu terus lari. Saya pasti dia berakal sebab masih boleh fikir untuk lari.”

“Sepanjang tempoh menunggu ketibaan suami, saya memang risau dan asyik tengok cermin pandang belakang kot dia tiba-tiba muncul dari celah mana-mana,” ujarnya namun tidak dapat mengenal pasti sama ada lelaki tersebut merupakan rakyat tempatan atau warga asing.

Bagaimana pun wanita ini bersyukur tiada sebarang perkara buruk yang berlaku namun akui masih trauma dengan kejadian tersebut.

“Masih terbayang-bayang wajah dia yang sengih tapi menyeramkan tu. Sekarang ni, saya masuk kereta je terus kunci pintu kereta.”

“Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua terutama wanita supaya berhati-hati apabila berada dalam kereta apatah lagi bersendirian.”

“Kunci pintu kereta dan bunyikan hon untuk tarik perhatian dan kalau boleh beredar, pergi saja untuk keadaan lebih selamat,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@nuyuaienn

Scary dh la sorang2 dlm keta 😫

♬ original sound – Nuyu Aien