Tarik Tudung Orang Awam Demi Konten, Youtuber Ini Harap Dikecam Warganet

Pada zaman kini, manusia sanggup bertindak melakukan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata demi ‘content’ murahan. Semakin hari, semakin teruk kualiti sesebuah konten.

Sebelum ini pun ramai ‘youtuber’ yang dikecam kerana memuat naik ‘content sampah’ yang jelas ingin mengaut viewers dan mengundang kecaman netizen.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dikatakan membuat eksperimen sosial dengan menarik tudung perempuan awam kononnya untuk melihat reaksi mereka teruk dikecam netizen.

“Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke? Benda ni dikira harassment kot. Saya buat content je kepala but*h dia. Sakit pulak hati puak puak bodoh macam ni makin membiak.” ujar pengguna Twitter ini

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter @aidi_ezzhar dia menyifatkan sosial experiment yang dilakukan oleh Nick CHANNEL ini terlalu biadap dan melampau kerana tudung merupakan mahkota wanita islam.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat pada awalnya lelaki ini memerhatikan ‘mangsa wanita’ untuk ditarik tudung mereka bagi melihat reaksi wanita itu.

Youtuber itu juga bagaimana pun memaklumkan dia sedia menerima segala kecaman daripada warganet malah sengaja membuat kontent biadap sebegitu agar ramai yang memaki hamun dia di ruangan komen.

“sebelum ni aku dah banyak kena kecam dengan orang.. sekarang ni aku dah buka YouTube, korang puas hati?”

“so harini apa aku nak buat, aku ada satu video untuk korang mana yang kecam aku sebelum ni, aku nak buat video untuk korang, nanti korang komen. Sekarang aku dah buka YouTube, korang nak kecam aku, kecam lagi. Ini semua video ni untuk netizen-netizen yang sebelum ni kecam aku.” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap Youtuber masa kini yang sanggup melakukan apa saja demi konten sampah malah netizen juga risau jika konten sebegini diikuti anak muda untuk melakukan jenayah.

Bahkan netiazen juga menyifatkan bahawa lelaki ni langsung tidak menghormati wanita islam kerana bertindak menarik tudung mereka.

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter: