Myvi Halang Laluan Bas, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Alihkan Kereta Raih Perhatian Warganet

Setiap bulan kalau tidak ada isu tentang Myvi memang tak sah, ada sahaja yang hendak dilakukannya. Terbang atas divider lah, sondol Hilux lah, masuk longkang, bahkan baru-baru ini siap langgar pokok kelapa sawit sampai tumbang! Memang serba boleh betul.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kereta Perodua Myvi menjadi bualan ramai setelah meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Difahamkan tuan badan Myvi tersebut parkir kenderaan di laluan bas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amirafiqqqqq, dapat kita lihat sekumpulan lelaki sedang cuba mengalihkan kereta tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah cara mereka mengalihkan kereta itu tidak seperti kebiasaan sebaliknya terpaksa mengangkat kereta berkenaan.


Dikatakan, mereka yang menaiki bas sudah puas mencari pemilik kereta Myvi berkenaan dalam memastikan bas yang dinaiki mereka dapat dialihkan di Padang Kota namun masih gagal.

Disebabkan itu mereka terpaksa berganding bahu mengangkat kereta Myvi yang parkir dengan senget ke arah bahu jalan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan semangat sepasukan mereka yang membantu mengalihkan kenderaan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap pengguna jalan raya yang lain lebih mengambil berat isu parking agar tidak menyusahkan orang lain.

Antara komen warga maya:

“teringat pulak kdrama 25 21”

“owner dia ada dekat situ juga tapi segan nak alih sebab takut kena bahan”


“owner rupanya tepi2 tu je buat tak tahu sebab malu”

“patut la tadi riuh sangat kat situ.. kenapa tak angkat bas je bang”

“aduhh king selangor ni kalau ye pun kat negeri orang kasi elok sikit lah parking tu”

“mesti owner pelik nanti tadi parking tak rapat pun kat divider”

Video yang tular di laman TikTok:

@amirafiqqqqq ♬ Goda – Bhumiband