Ikan Belaan Kesayangan Digoreng Ibu, Budak Menangis Peluk Lauk Buat Ramai Tersentuh

Pasti ramai diantara kita yang gemar memelihara haiwan seperti kucing, anjing buat yang bukan muslim malah ada juga yang membela ikan.

Tentu kita akan menjaga haiwan peliharaan kita dengan baik bukan? Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki menangis selepas mendapat tahu ikan keli kesayangannya telah digoreng oleh ibu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nialailatu0, difahamkan ikan keli tersebut telah pun mati namun anaknya ingin melihat ‘kubur’ ikan tersebut kerana tidak percaya dengan apa yang dimaklumkan oleh ibunya.

Ketika sedang asyik menangis, wanita itu sempat menyelit dengan menjelaskan bahawa ikan keli itu tidak ditanam di dalam tanah sebaliknya digoreng sambil menuding jari ke arah lauk yang terdapat dalam pinggan berkenaan.

Dia yang masih tidak boleh menerima kenyataan itu tidak mahu makan ikan tersebut bahkan memegangnya seolah-olah ingin memeluk ikan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan pemergian haiwan kesayangan budak lelaki ini.

Pun begitu, dalam masa yang sama, netizen juga terhibur dengan gelagatnya yang tidak percaya sehingga tidak mahu menjamah ikan tersebut lagi.

Antara komen warga maya:

“kasih.. beli lagi je, pandai nak tengok kuburnya”

“macam anakku, kucingnya mati, setiap minggu minta belikan bunga buat kuburan kucingnya”


“masih kecil ada rasa kasihan.. saya juga pelihara ayam.. kasihan kalau mahu disembelih..”

“ya begitulah anak kecil kalau sudah sayang.. macam zaman kecilku suka sama kambing, nangis sampai sore tahu kambing di jual”

“cucu ku juga ayam kecilnya mati dibacakan al fatihah, dikubur, dikasi bunga terus kuburannya dikasi air mineral”


Video yang tular di laman TikTok:

@nialailatu0♬ suara asli – Nialailatu0

@nialailatu0♬ suara asli – Nialailatu0