Connect with us

Viral

Tanya Dahulu Sebelum Masuk Parkir, Tindakan Pemandu Honda Ini Raih Pujian Ramai

Salah faham di atas jalan rasa seringkali wujud bahkah ada yang sehingga menyebabkan pergaduhan kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain.

Sebab itulah kita perlu beradab dan bertolak ansur antara satu sama lain bagi mengelakkan pertengkaran.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini kelihatan bertanya mengenai ruangan parkir kosong kepada pemandu lain telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @Malaysianupdatenews, pada awalnya kelihatan kereta perakam video berhenti di kawasan parkir sebelum sebuah Honda BR-V datang memotong dari belakang untuk menunggu (sambil membuka lampu signal) sebuah Proton Saga keluar dari ruang kotak parkir.

Pun begitu apa yang membuatkan ramai kagum adalah sebelum lelaki tersebut masuk ke kotak parkir itu, dia dilihat keluar daripada kenderaan dan bertanya sama ada pemandu itu berhenti kerana menunggu ‘ruang parkir’ di hadapan mereka.


Pun begitu, perakam dipercayai mengatakan dia tidak berhenti untuk menunggu parkir tersebut dan barulah lelaki yang memandu Honda itu kembali semula ke dalam keretanya dan terus meletakkan keretanya di dalam ruang tempat letak kereta tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dengan tindakan lelaki tersebut yang disifatkan sangat beradab.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap ianya menjadi contoh kepada pengguna jalan raya yang lain.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:

“Ha kan elok macam ni.. alahmadulillah masih ada lagi contoh2 yang elok.. sangat tinggi adabnya..”

“Risau terambil hak orang lain, tanpa segan silu turun tanya orang dibelakang, contoh dan teladan yang terbaik”


“Tinggi budi pekerti dan bertimbang rasa macam ni la yang patut viral dan dihebahkan”

@malaysianupdatenews Driver akhlak tinggi ni..Terbaik bang 👍👍👍 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp ♬ Hasbi Rabbi Jallallah – Zahra Haidery

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)