“Powerlahhh” Video Jackie Chan ‘Payung’ Langkah Silat Siap Bertanjak Buat Ramai Teruja!

Siapa yang tidak kenal dengan Jackie Chan atau nama sebenarnya Chan Song Kang yang merupakan artis seni bela diri, pelakon, pengarah filem, penerbit, pelagak ngeri dan penyanyi di Hong Kong.

Bukan itu sahaja, dia juga terkenal dengan gaya berlawan akrobatik, penggunaan mengubah senjata dan lagak ngeri, yang mana dia biasa melakukannya sendiri.

Baru-baru ini, Jackie Chan menjadi bualan ramai apabila dikatakan dia berkunjung ke Malaysia dan dijemput ke salah satu konti radio.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok@malaysiaglobal, dapat kita lihat dia sempat belajar bersilat sambil memakai tanjak bersama Kak Engku dan Salih Yaakob.

Namun apa yang membuatkan ramai kagum adalah Jackie Chan yang kini berusia 70 tahun itu dapat membuat langkah ‘bunga’ walaupun baru sekali diajar.

Wowww memang hebat betul, sekali ajar je dah dapat, handsome pulak tengok Jackie Chan pakai tanjak kan?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat Jackie Chan yang sentiasa sporting dan lucu.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menganggap beliau adalah lagend yang sememangnya hebat melakukan aksi sebegitu.

Antara komen netizen:

“Cepat tangkap step.. powerlahhhhh”

“Dia lagi ada gaya wehh”


“Aku pulak yang excited tengok dia bersilat”

“When Kungfu expert doing silat.. Jackie Chan a legend”


Video yang tular di laman TikTok:

@malaysiaglobal #malaysiaglobal #matkilau #jackiechan #malaysiamovie #malaysia #hongkong #indonesia #singapore ♬ original sound – Malaysia Global

Sekadar info, Jackie Chan Chan mempunyai latihan dalam Wushu, Kung fu dan Hapkido malah mampu bertutur dalam banyak bahasa.

Jackie Chan juga merupakan salah seorang pemegang Guinness World Record untuk “Most Stunts By A Living Actors”, yang bermaksud tiada syarikat bisnes yang akan menyokong produksi filemnya, kerana dia melakukan sendiri aksi-aksi berbahaya itu bahkan sejak 50 tahun yang lalu, beliau telah membintangi lebih dari 100 filem dan drama.