Tak Boleh Ambil Ujian Sebab Pakai T Shirt, Lelaki Ini Bagi Baju Pada Pemuda Cina Buat Ramai Kagum

Tidak kiralah agama apa sekali pun, kita diajar untuk berbuat baik antara satu sama lain tidak mengira bangsa kaum dan agama.

Seperti yang kita tahu, ada sesetengah tempat memerlukan kita untuk berpakaian kemas mengikut etika pemakaaian yang telah pun ditetapkan.

Pun begitu, masih ada yang tidak tahu atau pun terlupa dengan perkara tersebut sehinggakan tidak dibenarkan berurusan.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki memberikan bajunya kepada seorang pemuda cina mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eeqramazizi, difahamkan seorang pemuda cina tidak dibenarkan untuk mengambil ujian memandu kerana memakai sbaju T shirt.

Pun begitu, kelihatan seorang lelaki yang sedang berdiri di tepi puntu pagar menanggalkan baju berkolar yang dipakai dan memberikannya kepada pemuda tersebut bagi membolehkannya menduduki ujian.

Apa yang lebih membuatkan ramai kagum adalah apabila dia sempat mengibas-ngibas baju tersebut dan melipatkannya dalam keadaan yang agak kemas sebelum diberi kepada pemuda itu.

Dapat kita lihat pemuda itu pun mengambil dan berlalu pergi menduduki ujian itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dengan sikap lelaki tersebut yang membantu pemuda cina ini dengan memberikan bajunya.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar perkara itu dapat dicontohi oleh orang ramai.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:Tidak kiralah agama apa sekali pun, kita diajar untuk berbuat baik antara satu sama lain tidak mengira bangsa kaum dan agama.

Seperti yang kita tahu, ada sesetengah tempat memerlukan kita untuk berpakaian kemas mengikut etika pemakaaian yang telah pun ditetapkan.

Pun begitu, masih ada yang tidak tahu atau pun terlupa dengan perkara tersebut sehinggakan tidak dibenarkan berurusan.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki memberikan bajunya kepada seorang pemuda cina mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eeqramazizi, difahamkan seorang pemuda cina tidak dibenarkan untuk mengambil ujian memandu kerana memakai sbaju T shirt.

Pun begitu, kelihatan seorang lelaki yang sedang berdiri di tepi puntu pagar menanggalkan baju berkolar yang dipakai dan memberikannya kepada pemuda tersebut bagi membolehkannya menduduki ujian.

Apa yang lebih membuatkan ramai kagum adalah apabila dia sempat mengibas-ngibas baju tersebut dan melipatkannya dalam keadaan yang agak kemas sebelum diberi kepada pemuda itu.


Dapat kita lihat pemuda itu pun mengambil dan berlalu pergi menduduki ujian itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dengan sikap lelaki tersebut yang membantu pemuda cina ini dengan memberikan bajunya.

Bukan itu sahaja, anak kepada lelaki yang memberikan bantuan tersebut turut meninggalkan komen dengan menjelaskan mengapa bapanya memakai baju dua lapis.

Menurutnya, bapanya memang memakai baju dua helai kerana keluar pergi bekerja seawal 5 pagi dan cuaca sangat sejuk ditambah lagi menunggang motosikal.

Antara komen warga maya:

“Itu ayah saya, dia memang selalu pakai baju dua lapis sebab gerak pergi kerja pukul 5 pagi”

“Nak bagi orang siap buka baju, tepuk, betulkan baju tu dan lipat.. baru bagi orang.. adab kita cara kita”


“Muka ganas tapi beradab”

“Dari video ni kita dapat belajar bagaimana tinggi adab bro yang bagi pinjam tu..”

“Berbaloi diviral kan..”

“Muka garang tapi hati baik sangat..”


Video yang tular di laman TikTok:

@eeqramazizi ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebab baju tak berkolar apa apa pon terbaik malaysiaku #semangatmalaysia #f ♬ Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) – Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee